JENAMA teknologi dan elektronik, Xiaomi melancarkan melancarkan siri telefon pintar terbaharunya, REDMI Note 17 Series dengan barisan empat model iaitu REDMI Note 17 5G, REDMI Note 17 Pro 5G dan varian Pro Max yang pertama kali diperkenalkan iaitu REDMI Note 17 Pro Max 5G.
Menyedari keperluan pengguna, Xiaomi turut memperkenalkan barisan peranti boleh pakai baharu termasuk REDMI Watch 6 Active, REDMI Watch 6 Lite, serta pilihan warna baharu Mist Blue untuk REDMI Headphones Neo.
REDMI Note 17 Pro Max 5G dilengkapi bateri telefon pintar terbesar pernah dihasilkan Xiaomi berkapasiti 10,000mAh, disepadukan dengan teknologi pengecasan 100W HyperCharge dan pengecasan terbalik 27W bagi menawarkan ketahanan bateri serta kelajuan pengecasan yang luar biasa.
Kedua-dua model REDMI Note 17 Pro Max 5G dan REDMI Note 17 Pro 5G menjadi peranti pertama dalam industri yang menerima Pensijilan Kualiti Titan 5-Bintang TÜV SÜD.
Pensijilan itu merangkumi ketiga-tiga dimensi utama, termasuk seni bina kalis air maju dengan taraf IP66, IP68, IP69 dan IP69K, serta perlindungan Corning® Gorilla® Glass Victus® 2 bagi melindungi peranti daripada risiko terjatuh dan calar dalam penggunaan harian.
Dari segi pemprosesan, REDMI Note 17 Pro Max 5G dikuasai oleh cip Snapdragon® 6 Gen 5 manakala REDMI Note 17 Pro 5G dikuasai oleh Snapdragon® 6s Gen 4.
Bagi model asas pula, kedua-dua REDMI Note 17 5G dan REDMI Note 17 dibekalkan dengan bateri berkapasiti 7,700mAh serta pengecasan pantas 45W turbo charging dan menerima Pensijilan Prestasi Bateri 5-Bintang TÜV SÜD, yang mengesahkan jangka hayat dan ketahanan baterinya menerusi piawaian ujian yang ketat.
Bagi ketahanan luaran, kedua-dua model ini dilengkapi dengan penarafan kalis debu dan air IP65 serta perlindungan Corning® Gorilla® Glass 7i untuk memberi keyakinan menghadapi percikan air, persekitaran berdebu dan calar harian.
Keupayaan bateri berkenaan turut menjadi antara ciri yang mendapat perhatian Duta Xiaomi Malaysia, Meerqeen yang juga merupakan pengguna REDMI Note 17 Series.
Duta Xiaomi Malaysia, Meerqeen yang juga pengguna REDMI Note 17 Series mengakui menyukai kesemua ciri peranti teknologi itu. Namun, pelakon Harimau Malaya: The Untold Journey dan Frontliner itu berkata fitur kegemarannya ialah ketahanan bateri.
"Saya suka semuanya tentang telefon ini. Sebab saya bekerja menggunakan media sosial, guna telefon setiap hari dan kadang-kadang ada hari yang saya kena sunting sendiri video.
"Ada masanya berjam-jam untuk sunting video, gambar saya dan serta balas mesej klien.
"Jadi, saya rasa ciri kegemaran saya ialah bateri tahan lamalah. Bateri tahan macam slogan tu, 'Cas sekali tahan tiga hari' memang betul. Dan sekarang ini pun bateri telefon saya tinggal 28 peratus sedangkan kali terakhir saya cas hari Ahad (tiga hari lalu)," kongsi Meerqeen.
Pemilik nama Shameer Syauqeen itu juga mengakui Xiaomi menjadi pilihannya dan menerangkan faktor yang membuatkan dia begitu yakin mewakili jenama tersebut.
"Ia disebabkan oleh hubungan yang saya bina dengan jenama ini dan pasukannya serta slogan.
"Bagi saya, sebagai orang yang jujur dengan diri sendiri, saya boleh katakan Xiaomi mempunyai ideal atau cara kerja yang sama, faham tak? Slogan itu sendiri dah menunjukkan yang Xiaomi ini bukan main-main.
"Saya suka jenama yang jujur," tuturnya.
Tiga peranti menarik yang boleh digunakan bersama REDMI Note 17 Series ialah REDMI Watch 6 Active, REDMI Watch 6 Lite dan REDMI Headphones Neo.
REDMI Watch 6 Active mempunyai rupa bentuk menarik dan pintar, skrin AMOLED 1.85 incinya mencapai kecerahan puncak sehingga 1,200 nits untuk paparan jelas serta terang manakala fitur Always-on Display memastikan masa serta maklumat penting sentiasa mudah dilihat.
Rekaan bentuk yang nipis 9.9 milimeter (mm) dan ringan, 26gram (g), ia pasti memberi keselesaan optimum sepanjang hari. Bukan sahaja pintar, bingkai rata dengan sudut membulat dan kaca melengkung 2.5D, jam tangan ini mengimbangi gaya kontemporari serta praktikaliti harian.
Pengguna boleh mempelbagaikan gaya dengan pilihan muka jam yang pelbagai serta tali jam jenis boleh tanggal pantas untuk disesuaikan dengan stail.
REDMI Watch 6 Lite juga melengkapi kehidupan pengguna REDMI Note 17 Series dengan lebih padu. Menawarkan skrin AMOLED 1.96 inci yang memukau berserta kecerahan puncak sehingga 1,500 nits untuk paparan yang sentiasa jelas dan terperinci, sokongan paparan sentiasa hidup (Always-on Display) dan kecerahan adaptif memastikan maklumat penting mudah dilihat penggunanya sepanjang hari.
Fizikalnya yang kekal nipis iaitu dengan ketebalan hanya 9.9mm, berat 27.8g dan kemasan kaca melengkung 2.5D pasti membuat pemakainya selesa. Ditambah dengan ciri estetik sporty tetapi kekal minimalis, REDMI Watch 6 Lite turut membawakan tali jam boleh tanggal pantas serta pelbagai pilihan muka jam yang memberi kebebasan buat pengguna menukar gaya mengikut kesesuaian acara.
Bagi mereka yang tegar bersukan, REDMI Watch 6 Lite ialah pelengkap terbaik gaya hidup aktif. REDMI Watch 6 Lite menawarkan penjejakan aktiviti luar dan senaman yang lebih mantap menerusi lima sistem penjejakan lokasi bina dalam GNSS. Ia membolehkan laluan direkodkan secara tepat tanpa perlu membawa telefon pintar bersama.
Penjejakan aktiviti renang peranti ini juga amat canggih dengan sokongan sensor sembilan paksi yang mampu mengesan jenis strok renang di samping ukuran metrik lengkap seperti kelajuan purata, perubahan kadar degupan jantung di dalam air dan skor kecekapan SWOLF.
Dengan taraf ketahanan air 5ATM, ia sedia digunakan untuk aktiviti renang dan sukan air cetek. Dilengkapi lebih 150 mod sukan, pemantauan kesihatan sepanjang hari serta ketahanan bateri sehingga 18 hari penggunaan ringan.
Satu lagi peranti pelengkap REDMI Note 17 Series ialah REDMI Headphones Neo. Paling menarik, kini ia hadir dengan warna segar Mist Blue yang menawan.
REDMI Headphones Neo ialah fon kepala julung kali yang diperkenalkan di bawah barisan REDMI di Malaysia. Dilengkapi dengan Pembatalan Hingar Aktif (Active Noise Cancellation - ANC) 42dB yang melaras kedalaman pengurangan hingar secara automatik mengikut perubahan bunyi persekitaran, pengguna dijamin melalyi pengalaman pendengaran tanpa gangguan dalam pelbagai senario.
Sistem pengurangan hingar panggilan AI tiga mikrofon memantapkan lagi kejelasan panggilan walaupun dalam keadaan mencabar, manakala pensijilan standard tinggi Hi-Res Audio menjamin pemindahan audio tanpa kehilangan kualiti buat penggemar yang mahukan kualiti bunyi terbaik tanpa kompromi.
Jualan terbuka untuk siri tersebut akan bermula dari 5 September hingga 30 September 2026 di Xiaomi Store dan mi.com serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Xiaomi turut mengumumkan kerjasamanya dengan Atome bagi menawarkan pelan ansuran 0% di platform Atome, beserta baucar diskaun tambahan bernilai RM100 yang boleh digunakan bersama diskaun sedia ada untuk mereka yang berminat membeli Siri REDMI Note 17.