Bayi Merdeka dapat ‘headstart’ RM1,000, kempen Care Beyond Birth bantu ibu bapa rancang masa depan si kecil

Iklan

KELAHIRAN seorang cahaya mata sememangnya menjadi momen yang sukar dilupakan, namun bagi beberapa keluarga di hospital Columbia Asia, kenangan itu hadir dengan makna yang lebih istimewa apabila si kecil dilahirkan pada 31 Ogos lalu.

Bersempena Hari Kemerdekaan ke-69 lalu, bayi warganegara Malaysia yang lahir di hospital berkenaan menerima sumbangan RM1,000 untuk dimasukkan ke dalam Akaun Junior 3-dalam-1 HLB.

Iklan
Iklan

Inisiatif The HeadStart itu merupakan sebahagian daripada kempen Care Beyond Birth oleh Columbia Asia dengan kerjasama Hong Leong Bank (HLB), sekali gus memberi sentuhan bermakna kepada keluarga yang baharu sahaja memulakan perjalanan sebagai ibu bapa.

Bagi Ahmad Asyroor Mohd Kamil dan Norhaniza Mohamad Osman, kelahiran bayi mereka di Columbia Asia Hospital Puchong pada Hari Merdeka lalu pastinya menjadi kenangan yang akan disimpan kemas dalam diari keluarga.

Iklan

“Melahirkan bayi saya pada Hari Merdeka ialah sesuatu yang istimewa, tambahan lagi adanya The HeadStart Initiative di Columbia Asia. Kami dapat memulakan simpanan bagi masa depan bayi kami. Semoga simpanan ini terus berkembang seiring dengan pelbagai fasa kehidupan anak kami,” kata Norhaniza.

Buat ibu bapa, terutama yang pertama kali melalui pengalaman ini, kehadiran seorang bayi bukan hanya mengubah rutin harian, tetapi turut membuka ruang kepada pelbagai impian. Dari keperluan harian, pendidikan hinggalah kehidupan apabila si kecil meningkat dewasa, semuanya mula bermain di fikiran.

Iklan

Sebab itu, permulaan kecil seperti simpanan sejak hari pertama boleh menjadi sesuatu yang cukup bermakna.

Sokongan kewangan

Menerusi Care Beyond Birth, Columbia Asia mahu berada bersama keluarga bukan hanya ketika proses kelahiran, tetapi juga sepanjang fasa tumbesaran anak. Kempen berkenaan turut menjadi sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-30 Columbia Asia yang membawa tema “30 Years of Care. A Lifetime of Trust. Right Here for You”.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Columbia Asia, Lee Hui Chuen, tiga dekad perjalanan hospital itu memberi penekanan kepada usaha untuk sentiasa dekat dengan keluarga ketika melalui detik penting dalam kehidupan.

“Bagi kami, 30 tahun ini menekankan usaha untuk sentiasa berada di sisi keluarga di Malaysia melalui detik-detik yang paling bermakna dalam kehidupan mereka. Menyambut kelahiran seorang bayi sememangnya merupakan salah satu detik istimewa,” katanya.

Jelasnya, The HeadStart diharap dapat memberi ibu bapa satu langkah awal untuk mula merancang kewangan anak, walaupun bermula dengan jumlah yang sederhana.

Kerjasama bersama HLB pula melengkapkan usaha itu dengan sokongan kewangan untuk membantu keluarga membina tabiat menyimpan sejak awal.

Menurut Pengurus Besar, Perkhidmatan Kewangan Peribadi – Deposit & Digital HLB, Galvin Yeo, akaun simpanan pertama boleh menjadi asas kepada perancangan kewangan jangka panjang anak.

“Dengan sejarah kukuh selama lebih 120 tahun di Malaysia, Hong Leong Bank sentiasa komited untuk memperkasa generasi rakyat Malaysia ke arah mencapai matlamat kewangan jangka panjang dan kestabilan kewangan,” katanya.

Selepas kelahiran, Columbia Asia dan HLB akan membantu ibu bapa membuka Akaun Junior 3-dalam-1 HLB serta melengkapkan proses sumbangan RM1,000 ke dalam akaun tersebut.

Menariknya, keistimewaan tidak terhenti untuk bayi Merdeka sahaja. Semua bayi yang dilahirkan di hospital Columbia Asia secara automatik menjadi ahli Columbia Kids Club.

Melalui program itu, keluarga boleh menikmati pelbagai manfaat seperti diskaun hospital dan jemputan ke aktiviti kanak-kanak.