Otai bola sepak 72 tahun kahwin gadis 20 tahun, ini biodata Abdah Alif. 'Keluarga restu, mungkin sekarang sedang berbulan madu'

Iklan

NAMA legenda bola sepak Datuk Abdah Alif pemain tengah yang cukup dikenali dalam arena bola sepak Malaysia pada penghujung 1970-an hingga awal 1980-an.

Berasal dari Terengganu dan memulakan kerjaya bersama Terengganu sebelum meneruskan perjalanan bersama Pahang,  pemain posisi tengah itu ialah tonggak penting skuad Harimau Malaya yang ketika itu dihuni barisan pemain terbaik negara termasuk Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh dan Datuk Jamal Nasir Ismail.

Iklan
Iklan

Sepanjang kariernya, beliau bukan sahaja menjadi pemain penting di peringkat negeri, malah turut memainkan peranan dalam kejayaan skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Antara pencapaian paling besar dalam kariernya ialah membantu Malaysia melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Moscow 1980 sekali gus mencipta laluan ke temasya berkenaan selepas menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam aksi penentuan di Stadium Merdeka.

Iklan

Artikel penuh: 

Iklan

Bagaimanapun, Abdah dan rakan-rakan sepasukan tidak beraksi di Moscow selepas Malaysia mengambil keputusan memboikot temasya tersebut sebagai tanda bantahan susulan pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Di peringkat Asia pula, Abdah menjadi sebahagian daripada skuad Malaysia yang beraksi pada Piala Asia 1980 dan turut menjaringkan gol ketika negara menewaskan Emiriah Arab Bersatu 2-0 dalam aksi peringkat kumpulan.

Beliau yang kini berusia 72 tahun turut menikmati kejayaan bersama skuad kebangsaan dalam beberapa kejohanan utama, termasuk membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA pada 1977 dan 1979.

Dalam arena tempatan, lelaki itu juga pernah membantu Pahang muncul juara Piala Malaysia 1983.

Kira-kira empat dekad meninggalkan arena bola sepak, nama Abdah kembali menjadi sebutan selepas selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Ogos lalu di Kuala Terengganu.

Pernikahan Abdah dengan gadis berusia 20 tahun disahkan oleh adiknya, Datuk Yunus Alif.

Memetik Sinar Harian, Yunus yang juga bekas pemain dan jurulatih kebangsaan berkata, perkahwinan Abdah itu mendapat restu kedua-dua keluarga.

Difahamkan, Abdah buat masa ini sedang meluangkan masa bersama pasangannya sekali gus menjadi punca panggilan telefon tidak berjawab.

"Mungkin sekarang mereka sedang berbulan madu, sebab itu dia tidak menjawab panggilan. Apa yang pasti, mereka memang sudah bernikah dan kita doakan yang terbaik buat kedua-duanya," katanya.

Yunus pada masa sama menitipkan doa agar ikatan yang dibina abangnya itu terus berkekalan serta dikurniakan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

"Semoga mereka terus bahagia dan kekal bersama hingga ke Jannah," katanya.

Sumber: Stadium Astro, Sinar Harian