Suami 61, isteri 28. Perkenalan Zainal & Norain tak sampai sebulan bawa ke jenjang pelamin

No Image Caption
A
A
A

JARAK usia 33 tahun bukan halangan buat Norain Azlyin Abd Rasad, 28, dan Awang Zainal Abidin Awang Damit, 61, untuk mengecap bahagia.

Diijab kabul pada 20 Oktober lalu, wanita itu tulus menerima Awang Zainal yang merupakan duda.

Malah kisah pasangan itu mendapat perhatian selepas Norain Azlyin memuat naik video dan gambar dengan suaminya di TikTok.

Menurut Norain, segalanya bermula apabila dia dan pesara Jabatan Air Sabah itu diperkenalkan oleh bapa saudara pada 2 September lalu.

Norain Azlyin yang merupakan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata pada mulanya tidak terfikir untuk berkahwin sepantas itu memandangkan baharu sahaja berpisah dengan bekas suami tujuh bulan lalu.

Namun ketulusan dan kesungguhan Awang Zainal untuk mengambilnya sebagai isteri menambat hati Norain.

No Image Caption

Malah lelaki yang pernah berkahwin sebanyak dua kali dan kematian isteri pada tahun 2022 itu berani berjumpa ibu bapa Norain tidak lama selepas berkenalan.

Artikel Berkaitan:

"Jadi nampak suami tak hanya pandai berkata-kata tapi buktikan dengan jumpa orang tua saya untuk menyatakan hasratnya.

"Alhamdulillah, ibu dan ayah tak halang walaupun suami lebih berusia daripada saya dan mereka setuju kerana enggan kami keluar tanpa ada hubungan yang sah.

"Tambahan, saya ibu tunggal dan baru habis tempoh iddah jadi tak manis dipandang orang sekeliling," katanya.

Norain juga bersyukur anak-anak kedua belah pihak merestui niat mereka berumah tangga. Salah satu perkara yang menawan hati Norain ialah cara Awang Zainal mendidik anak.

"Anak bongsu suami pun sebaya dengan saya tapi tak ada masalah. Jujurnya saya bahagia kerana tak pernah berasa kebahagiaan itu sebelum ini.

"Saya selesa dengannya kerana pemikiran dan perjalanan hidup kami hampir sama.

No Image Caption

"Paling saya suka adalah cara suami didik anak terutama bila dia ajak mereka solat berjemaah," katanya.

Walaupun jarak usia 33 tahun, kata Awang Zainal itu bukan halangan buatnya menyulam cinta.

Tambahan pula anak-anak daripada perkahwinannya yang terdauhulu tidak menghalang.

"Daripada awal perkenalan kami sudah serasi dan saya pun sayang budak-budak jadi anggap anaknya macam darah daging sendiri.

"Anak saya pun terima isteri malah waktu hari akad nikah dan majlis persandingan, mereka ada datang.

"Apa saya harapkan kini adalah rumah tangga kami bahagia dan jodoh berpanjangan," katanya.

Terdahulu kisah pasangan ini menjadi tular di laman sosial TikTok.

Rata-rata warga maya menzahirkan kekaguman jarak usia yang jauh mampu mencipta keserasian dan mendoakan agar kebahagiaan rumah tangga mereka berkekalan.

"Alhamdulillah. Selamat pengantin baharu, semoga kekal bahagia hingga ke jannah."

"Alhamdullillah jodoh itu rahsia ALLAH. Umur itu sekadar angka."

"Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Moga berbahagia."

"Jodoh ketentuan ALLAH, semoga diberkati hingga ke syurga."

Sumber: TikTok Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang