Suami 47 kahwin wanita 70 tahun, beza 23 tahun bukan penghalang. 'Dulu anggap Mak Ngah, tiba-tiba jadi isteri saya'

Dulu jiran, kini Rapeah dan Mohd Shaiful bergelar suami isteri. (Foto: Facebook Shamsul Anuar Nasarah, Kosmo)
Dulu jiran, kini Rapeah dan Mohd Shaiful bergelar suami isteri. (Foto: Facebook Shamsul Anuar Nasarah, Kosmo)
A
A
A

CINTA tak mengenal usia, itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan pasangan Mohd Shaiful Nizam Yeop Mat Isa dan isteri, Rapeah Sani ini.

Biarpun berbeza usia 23 tahun, tertulis jodoh antara mereka hingga diijabkabulkan dan diraikan pada majlis kenduri perkahwinan beramai-ramai di Lenggong baru-baru ini.

Cinta unik pasangan ini bersemi sejak Oktober tahun lalu apabila Mohd Shaiful baharu pulang dari Kuala Lumpur ke Lenggong dan berjiran dengan Rapeah.

“Dulu saya anggap dia Mak Ngah saya. Tiba-tiba jadi isteri saya, terima lah, jodohkan, nak buat macam mana,” katanya.

Sementara itu, Rapeah pula tidak menyangka air tangan menambat hati Mohd Shaiful.

Kebiasaannya memasak untuk lelaki tersebut akhirnya menemukan jodoh buat mereka.

Foto: Facebook Shamsul Anuar Nasarah
Foto: Facebook Shamsul Anuar Nasarah

"Ini perkahwinan ketiga saya. Saya kenal dia sebab duduk dekat, masak bagi dia makan selalu.

Artikel Berkaitan:

“Ingatkan tak hendak kat dia, rupanya dia ada hati kat saya. Terus mak dia datang meminang,”katanya.

Rapeah berkata, beliau dan Mohd Shaiful tidak bertunang lama dan bernikah pada 7 April lalu iaitu selepas sambutan hari raya Aidilfitri.

Pasangan itu disandingkan dengan 24 pasangan mempelai lain sempena tarikh unik 25 Mei 2025.

Foto: Facebook Shamsul Anuar Nasarah
Foto: Facebook Shamsul Anuar Nasarah

Majlis Kenduri Kahwin Beramai-ramai Parlimen Lenggong yang berlangsung meriah dengan kehadiran 25,000 tetamu di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA.

Program tahunan itu merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan serta Majlis Pelancongan Lenggong.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Difahamkan, program itu telah diadakan sejak beberapa tahun lalu untuk dijadikan antara produk pelancongan Lenggong.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang