Maria Danisha genap 18 tahun, Norman Hakim titip pesan tentang hidup dan masa depan – ‘Dalam dunia papa, kamu tetap baby’

Iklan

CEPAT benar masa berlalu. Anak yang dahulu masih kecil kini sudah melangkah ke usia 18 tahun, meninggalkan zaman kanak-kanak untuk memulakan fasa kehidupan yang baharu.

Bagi pelakon Norman Hakim, pertambahan usia puterinya, Maria Danisha Hakim, bukan sekadar angka. Ia menjadi satu lagi detik bermakna buat seorang bapa menyaksikan anak perempuannya semakin dewasa dan mula menentukan arah perjalanan hidup sendiri.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di media sosial, Norman menitipkan ucapan penuh kasih buat Maria Danisha sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-18.

“Walaupun Baby makin dewasa, in my eyes, you will always be my little girl. The precious daughter Papa will forever love and protect,” tulisnya.

Iklan

Norman mengakui usia tersebut menandakan permulaan perjalanan baharu buat anak kesayangannya. Pada fasa itu, Maria Danisha bakal melalui lebih banyak pengalaman, mengejar impian dan membina masa depan mengikut pilihannya sendiri.

Sebagai bapa, Norman mungkin tidak mampu berada di sisi anaknya pada setiap langkah. Namun, dia mahu Maria Danisha tahu bahawa dirinya sentiasa mempunyai tempat untuk kembali.

Iklan

“Bila kamu penat, please look back & ‘ching!’ Insya-ALLAH papa ada. Bila kamu rasa macam nak jatuh, reach out and ‘ching!’ Insya-ALLAH papa ada lagi,” ujarnya berseloroh.

Di sebalik nada gurauan itu, terselit pesanan yang cukup mendalam. Norman mahu anaknya sentiasa percaya bahawa dirinya disayangi dan tidak perlu meragui nilai diri sendiri hanya kerana cabaran yang hadir dalam kehidupan.

Norman turut berkongsi harapan agar Maria Danisha tidak mengejar kesempurnaan, sebaliknya membesar sebagai insan yang baik, kuat dan menjaga maruah serta hati.

“Papa tak minta Baby jadi sempurna. Just be kind, protect your dignity and your heart, stay strong through every challenge dan always put ALLAH first in everything you do," ungkapnya penuh makna.

Doanya juga mengiringi perjalanan Maria Danisha ketika anaknya mula melangkah lebih jauh dalam kehidupan.

Norman berharap ALLAH sentiasa melindungi, membimbing setiap langkah dan menemukan puterinya dengan insan yang benar-benar menyayanginya.

Menariknya, walaupun Maria Danisha kini sudah menginjak usia 18 tahun, gelaran ‘baby’ tetap mempunyai tempat istimewa dalam hati Norman.

“No matter how grown-up you become or how big your world gets, dalam dunia Papa, you will always be my baby,” tulisnya.

Ucapan itu ditutup dengan panggilan manja buat puterinya, ‘tompet cumbat’, selain ungkapan kasih yang cukup ringkas tetapi sarat makna.

“Papa loves you… always & forever.”