BARU-baru ini isu berkaitan prosedur gambar kad pengenalan generasi baharu oleh penyanyi Jaclyn Victor menjadi perhatian ramai.
Rata-rata mempersoalkan sama ada rambut yang diwarna melepasi prosesur dan etika gambar MyKad atau wujud layanan berbeza terhadap orang awam.
Menerusi perkongsian di Kool FM, Pengarah Bahagian Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara, Muhammad Asraf Sukadi menjelaskan rambut berwarna sebenarnya tidak dilarang secara mutlak.
"Sebagai contoh, sekiranya individu itu memang berketurunan Eurasian kita benarkan dan tiada masalah.
"Tetapi bukanlah seperti keturunan Jawa tetapi rambutnya diwarnakan perang," katanya.
Artikel penuh:
- Sijil lahir lama tulisan tangan harus diperbaharui? Tukar sekarang untuk elak masalah urusan rasmi, wanita ini kongsi cara
- 'Mommy sebak...' Catriona Ross luah rasa sayu, anak autisme kini miliki MyKad
- 'Nak kata malu, sikit pun tidak'. Dr Say sayu anak sulung autisme kini miliki kad OKU, berikut 25 kelebihannya mak-mak perlu tahu
Menerusi hantaran yang sama, Muhammad Asraf turut merungkai pelbagai dakwaan berkaitan rona tudung bagi wanita ketika merakamkan gambar MyKad.
Jelasnya, pemohon tidak wajib memakai tudung hitam, sebaliknya digalakkan memilih warna gelap supaya perincian wajah dan tudung lebih jelas dengan latar belakang putih.
Penjelasan berkenaan diberikan selepas gambar Jaclyn Victor memperbaharui MyKad dengan rambut yang bukan berwarna hitam asli menjadi tular pada Khamis.
Situasi berkenaan menyebabkan sebahagian warganet mempersoalkan prosedur sebenar yang digunakan JPN.
Sekadar info, terdapat dua pembaharuan pada MyKad generasi baharu iaitu kod QR pada bahagian belakangnya bagi tujuan penguatkuasaan dan dip dwifungsi yang menyokong penggunaan secara sentuh dan tanpa sentuh (NFC).
Sumber: Facebook