‘Tak mengapa sayang, kita dah buat yang terbaik’ – Isteri Ryan Bakery keguguran buat kali kedua, pasangan reda terima ketentuan ALLAH

Iklan

SETIAP pasangan pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Namun, perjalanan menuju impian itu tidak semestinya mudah dan ada waktunya mereka perlu berdepan dengan kehilangan yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

Begitu juga dengan personaliti media sosial, Ryan Bakery dan isterinya, Elyia Ibrahim apabila sekali lagi diuji dengan kehilangan cahaya mata selepas Wanita itu mengalami keguguran buat kali kedua.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di media sosial, pemilik nama sebenar Muhammad Ryan Fahmi Bakery memilih untuk menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka, selain memberi keutamaan kepada keadaan fizikal dan emosi isterinya.

Menurut baap kepada seorang cahaya mata lelaki itu, kehilangan tersebut bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi buat seorang ibu yang melalui sendiri proses berkenaan.

Iklan

“Tak mengapa sayang, kita dah buat yang terbaik. Reda atas segalanya. Ikhlas menerimanya. Yang penting, saya nak awak kembali sihat,” kongsinya sambil menujukan kata-kata tersebut buat permaisuri hatinya itu.

Memulihkan diri

Iklan

Dalam perkongsian sama, dia turut menitipkan doa buat wanita di luar sana yang pernah melalui pengalaman serupa agar terus kuat dan mengambil masa untuk memulihkan diri.

“Kepada ibu-ibu di luar sana yang menghadapi perkara yang sama, saya doakan semoga cepat sembuh. Kuatkan semangat. Ada rezeki lain.

“Insya-ALLAH, kepada yang masih menanti cahaya mata, saya doakan semoga dilancarkan rezeki kalian, dipermudahkan segala urusan. Amin,” ungkapnya.

Perkongsian tersebut turut mengundang simpati warganet yang meninggalkan kata-kata semangat dan doa buat pasangan berkenaan.

Tidak kurang juga ada pengikut Ryan yang berkongsi pengalaman pernah melalui keguguran, termasuk mereka yang mengalaminya lebih daripada sekali sebelum dikurniakan cahaya mata.

Antara komen yang ditinggalkan termasuklah:

“Ya ALLAH, semoga terus kuat @elyia.ibrahim dan Ryan. Insya-ALLAH ada ganjaran hebat Allah akan bagi nanti.”

“Semoga dipermudahkan urusan brother dan diberi semangat yang kuat selalu.”

“Allahuakbar. Moga @elyia.ibrahim dan @ryan fahmibakery terus kuat. Moga ALLAH gantikan ujian ini dengan segala kebaikan lain dan rainbow baby, insya-ALLAH.”

“Ambil masa untuk segalanya. Rehat dan semoga cepat baik untuk keduanya.”

Seorang pengikut turut berkongsi pengalaman kehilangan dua kandungan dan berharap pasangan itu terus menjaga kesihatan serta memberi ruang kepada diri untuk pulih.

“I lost two too. Sakit kehilangan, Allah sahaja yang tahu. Tapi insya-ALLAH, rainbow baby will come soon. Jaga kesihatan, jangan stres dan enjoy life.”

Seorang lagi wanita berkongsi bahawa dia juga baru melalui keguguran kali kedua pada 6 September lalu.

“Sebenarnya kita tak kehilangan, tetapi kita memulangkan. Kita sama-sama ambil masa untuk heal ya. Stay strong,” tulisnya.

Ada juga yang berkongsi pengalaman mengalami keguguran sebanyak enam kali sebelum dikurniakan empat cahaya mata yang selamat dilahirkan.

Hanya tahu tentang kehamilan ketika Syawal

Terdahulu, Ryan pernah berkongsi bahawa isterinya mengalami keguguran pada Syawal ke-10. Mereka juga hanya mengetahui mengenai kehamilan tersebut pada 1 Syawal ketika usia kandungan sudah melebihi sebulan.

Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Ryan Ezra.