'Moga ikhlas, jujur & amanah' - Imuda bangga anak kedua bergelar peguam, puji isteri titik berat pendidikan

Iklan

BUKAN sekadar ucapan hari lahir, pelakon veteran Datuk Imuda meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak keduanya, Muhammad Raezal yang kini sudah dua tahun bergelar peguam.

Menerusi perkongsian di media sosial, Imuda atau nama sebenarnya Abdul Rahim Mohd Yusof, menitipkan ucapan istimewa buat anaknya yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 30 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Rezi berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum memulakan kerjaya di sebuah firma guaman terkenal di ibu negara.

Dalam kesempatan sama, pemegang watak Budin dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu turut menzahirkan penghargaan kepada isteri tercinta, Datin Zabarina Haja Mushadi Ali yang membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Iklan

Malah, sikap isterinya yang sentiasa mengutamakan pendidikan menjadi antara perkar amat dihargai.

"Terima kasih buat mama, isteriku tercinta yang membesarkan Rezi dengan penuh kasih sayang dan sangat menitikberatkan pelajaran semua anak-anak. Terima kasih mama," tulisnya.

Iklan

Lebih menyentuh hati, Imuda turut menitipkan doa agar anaknya itu terus melakar kejayaan dan menjadi peguam melaksanakan tanggungjawab yang digalas.

"Papa dan mama sangat bangga dengan kejayaan Rezi. Mama, papa, Kak Hana, Rayyan dan Zara doakan Rezi terus berjaya dunia dan akhirat.

"Jadilah peguam yang hebat, ikhlas, jujur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

"Kami semua akan selalu ada dengan Rezi, selalu menyokong" titipnya.

Sekadar info, Imuda berkahwin dengan Rozalina Rosli psda tahun 1994 namun berpisah 10 tahun kemudian.

Daripada perkahwinan pertama, beliau dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raihana dan Rezi.

Dia kemudian berkahwin dengan Zabarina pada Mac 2010 dan dikurniakan dua orang anak.

Sumber: p, mStar