'Saya dalam episod bipolar mania...' Jabatan Penjara nafi wujud hierarki banduan, Yasin Sulaiman mohon maaf timbul kekeliruan

Iklan

KOMPOSER dan penyanyi Yasin Sulaiman tampil membuat permohonan maaf atas perkongsian pengalaman di sebalik jeriji besi dalam satu podcast yang mendakwa wujud hierarki banduan dan kehidupan di penjara bergantung kepada wang serta pengaruh.

Yasin menerusi kenyataan media mengakui menyesali perkongsian berkenaan kerana telah menimbulkan kekeliruan atau salah faham dalam kalangan masyarakat.

Iklan
Iklan

Mendedahkan mengalami episod bipolar mania, pelantun lagu Mimpi Laila itu mahu menarik balik kenyataan-kenyataan berkenaan.

"Saya, Yasin Sulaiman, mengambil maklum penjelasan yang telah dibuat oleh Jabatan Penjara Malaysia berhubung beberapa perkara yang pernah saya kongsikan dalam podcast dan temu bual baru-baru ini mengenai pengalaman saya ketika berada di dalam penjara.

Iklan

"Saya ingin menjelaskan bahawa perkongsian tersebut dibuat berdasarkan apa yang saya alami dan fahami ketika melalui tempoh berkenaan.

Iklan

"Pada waktu tersebut, sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia, saya sedang mengalami episod bipolar mania

"Selepas mengambil maklum penjelasan Jabatan Penjara Malaysia dan melihat kembali keadaan yang saya lalui ketika itu, saya dengan ini menarik balik kenyataan-kenyataan berkenaan.

"Saya kesal sekiranya perkongsian tersebut telah menimbulkan kekeliruan atau salah faham dalam kalangan masyarakat," kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, bekas ahli kumpulan Brothers berkenaan membuat permohonan maaf.

"Saya ingin memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia, para pegawai dan anggotanya atas kekeliruan yang timbul.

"Saya ingin menjelaskan bahawa perkongsian tersebut tidak pernah dibuat dengan niat untuk mencemarkan nama baik Jabatan Penjara Malaysia ataupun memperkecilkan tugas para pegawai dan anggota yang berkhidmat di institusi berkenaan.

"Saya menghargai tugas dan khidmat para pegawai serta anggota Jabatan Penjara Malaysia yang menjalankan amanah dalam menjaga keselamatan, kebajikan dan proses pemulihan penghuni.

"Dengan penjelasan ini, saya berharap segala kekeliruan yang timbul daripada perkongsian saya sebelum ini dapat diperbetulkan dan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik," kongsinya.

Sebelum in, Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Mohamad Rosidek Musa menegaskan pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani sebarang salah laku dan perkara negatif dalam kalangan penghuni penjara.

"Kita dalam konteks kepenjaraan fokus pada program pemulihan. Kita akan cuba atasi perkara-perkara yang negatif.

"Kita ada SOP dan ada peraturan untuk mengekang perkara-perkara yang negatif dan tidak baik," kongsinya.

Mengulas dakwaan berhubung kemasukan dadah, Mohamad Rossidik berkata kemungkinan berlaku insiden terpencil, namun keadaan sebenar tidak seperti yang didakwa.

Sumber: Instagram 1, 2