'Sentiasa ingatkan saya cantik, apa orang kata tak lagi menyakitkan...' Najwa Latif dedah sisi Akwa Ariffin selepas Medina lahir, bapa & suami penyayang

Iklan

BUKAN mudah untuk seorang wanita menerima perubahan tubuh selepas bersalin, lebih-lebih lagi apabila ada mata yang memandang dan mulut yang mengeluarkan komen tentang penampilan.

Najwa dalam hantaran di Instagram mendedahkan komposer itu adalah penyokong kuatnya dan orang lebih penting yang sentiasa berada di sisi serta menghargai setiap perkara yang dilakukan termasuk ketika menyusukan anak.

Iklan
Iklan

“Terima kasih Akwa tak pernah guilt trip saya.

“Sentiasa ucap terima kasih apabila saya buat semua benda dan susukan Medina, sentiasa bantu siapkan Medina serta tolong dalam kebanyakan hal rumah,” katanya.

Iklan

Ujarnya, kata-kata berkaitan penampilan diri kini tidak lagi begitu menghiris hati. Ada sebabnya, di saat dirinya melalui fasa penuh emosi selepas melahirkan, Akwa sentiasa ada untuk mengingatkan bahawa dia tetap cantik.

Iklan

“Terima kasih Akwa sentiasa ingatkan saya cantik that now when people say I'm not, it doesn't hurt anymore.

Bukan sekadar membantu urusan rumah dan penjagaan anak, Najwa menyifatkan suaminya sebagai individu yang sanggup memainkan pelbagai peranan sepanjang fasa selepas bersalin.

“Dia lah nurse, dialah cleaner, dialah yang explore and study pasal breast pump punya dunia, dia lah tukang urut, dia lah therapist, dia lah tempat Wawa boleh jadi orang paling lemah selemah lemahnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Najwa turut mengakui dirinya mudah tersentuh apabila memikirkan tentang suami dan anaknya.

Malah, dia tidak menyangka Akwa yang pernah bimbang untuk memegang gelaran bapa kini begitu baik menjalankan tanggungjawab tersebut.

“Akwa dulu selalu cakap dia takut nak jadi bapa orang, but guess what? He's so good at being a father. Power beb.

“Rasa macam how but itulah, dengan izin ALLAH. Cewah! Alhamdulillah,” katanya.

Dalam hantaran Insta Story, Najwa menitipkan penghargaan buat suaminya yang disifatkan sebagai lelaki hebat kerana terus mencintai dirinya dan Medina.

Malah, pensyarah Bahasa Inggeris itu juga Najwa berseloroh bahawa dirinya sedikit beremosi kerana terlalu memikirkan suami dan anak.

“Thank you Akwa for loving Medina and me. You're an angel in human form. Thank you for being the best, sayang.

“Sorry, makcik is emosi sikit fikir suami dan anak today, ” katanya.

Sekadar info, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 31, berkahwin dengan rapper Akwa Ariffin pada November 2022 dan telah dikurniakan cahaya mata bernama Medina pada 11 November 2025.