‘Semoga bersua semula di syurga...’ PU Riz kongsi sisi suami kekok dipeluk isteri, kenang kasih Tun M dan Tun Dr Hasmah

Iklan

PENDAKWAH Haris Ismail berkongsi berkaitan pesanan mengenai kasih sayang antara suami isteri.

Menerusi hantaran di Instagram, figura yang dikenali sebagai PU Riz itu memuat naik foto bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan isteri, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Iklan
Iklan

Pasangan negarawan yang dikenali sangat romantis itu turut menjadi inspirasi buat ramai menerusi kasih sayang yang ditunjukkan sepanjang 70 tahun berumah tangga. Malah baru-baru ini tular video memaparkan Tun M malu-malu dipeluk Tun Dr Hasmah.

Video tindakan spontan Tun Dr Siti Hasmah memeluk Tun Dr Mahathir Mohamad yang dirakam pada tahun 2020 kembali tular meruntun hati warganet

Iklan

"Kadang kala pasangan yang kekok apabila dipeluk, buat macam 'funny- funny' gesture ini ialah orang yang paling sayang kepada isterinya.

"Al-Quran pun sudah menyebut isteri atau suami ni sebagai لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا iaitu tempat tinggal," kongsinya.

Iklan

Dalam pada itu, PU Riz juga mengingatkan bahawa pasangan tidak semestinya akan terus berkekalan di dunia, namun kasih sayang yang dibina boleh menjadi bekalan menuju kehidupan akhirat.

"Tempat singgah kadang memberi kita 1001 ingatan. Semoga bersua semula di syurga. Hendak cari ganti memang tiada, yang cuma mampu sekarang ini adalah doa yang mahmudah soleh untuk ALLAH.

"Walaupun hakikatnya semua di dunia ini tempat singgah, termasuklah pasangan, tapi 'singgah' yang bagaimana kita pilih?

Tun Dr Mahathir menitiskan air mata ketika mengunjungi pusara isterinya, Tun Dr Hasmah (Foto: Bernama)

"Sudah pasti singgah yang penuh kasih sayang, tenang dan saling memaafkan. Semoga barakah kalian dengan 'singgah' sementara yang ada," titipnya.

Terdahulu, Allahyarham Tun Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada 9.20 pagi Isnin lalu ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

Pasangan berkenaan berkahwin pada 4 Ogos 1956 dan berkongsi hidup selama 70 tahun.

Terdahulu, kedua-duanya pernah diiktiraf oleh ASEAN Records dan ASIA Records sebagai pasangan bekas ketua kerajaan pertama di Asia yang kedua-duanya mencecah usia 100 dan 101 tahun.

Sumber: Threads