Madu kelulut Malaysia mahu ke peringkat global, berpotensi jadi ‘superfood’ tersendiri

Iklan

MADU kelulut mungkin sudah tidak asing dalam rutin sesetengah keluarga, namun di sebalik rasa masam-manisnya, sumber semula jadi itu masih mempunyai ruang besar untuk diterokai menerusi sains dan inovasi.

Potensi berkenaan menjadi antara fokus utama Simposium Saintifik Madu Kelulut Malaysia 2026 anjuran JYY Group yang menghimpunkan wakil kerajaan, akademia, institusi penyelidikan, industri, peruncitan dan pengguna.

Iklan
Iklan

Acara yang dirasmikan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin itu turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Datuk Nor Sam serta penyelidik dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut Chan, usaha membawa madu kelulut tempatan ke pasaran lebih luas memerlukan sokongan penyelidikan, piawaian kualiti dan pengeluaran yang bertanggungjawab.

Iklan

“Malaysia dikurniakan sumber semula jadi bermutu tinggi seperti madu kelulut. Namun, untuk membawanya ke pasaran global, kita memerlukan penyelidikan saintifik yang kukuh, piawaian kualiti, pengeluaran yang bertanggungjawab serta penglibatan industri,” ujarnya.

Iklan

JYY Group percaya potensi madu kelulut boleh melangkaui peranannya sebagai makanan untuk kesejahteraan, malah berupaya membina identiti ‘superfood’ Malaysia yang tersendiri menerusi sokongan penyelidikan, piawaian kualiti, penternakan mampan dan inovasi.

Perbincangan simposium turut melihat bagaimana hasil kajian boleh diterjemahkan kepada kegunaan yang lebih dekat dengan kehidupan pengguna.

Profesor UMT, Profesor Wan Iryani Wan Ismail berkongsi pandangan berkaitan mutu dan piawaian madu kelulut, manakala penyelidik neurosains USM, Dr Mohd Zulkifli Mustafa membincangkan penyelidikan madu kelulut dalam bidang neurosains.

Dr Ng Wen Jie dari UTAR pula mengetengahkan perkembangan penemuan dan pengesahan saintifik berkaitan madu kelulut Malaysia.

Antara kajian yang dibentangkan termasuk penyelidikan mengenai ciri Indeks Glisemik (GI) rendah madu kelulut serta aktiviti antibakteria madu dan propolis kelulut.

Penyelidikan turut diperluaskan kepada produk berasaskan propolis, termasuk semburan mulut yang diuji terhadap beberapa jenis bakteria.

Dalam usaha memperkukuh bidang berkenaan, JYY Group, UTAR, UMT dan USM turut memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) bagi memperluas penyelidikan, aplikasi industri serta pembangunan penternakan lebah secara mampan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan JYY Group, Alann Tan berkata, kerjasama rentas sektor penting untuk memastikan madu kelulut tempatan mempunyai asas kukuh sebelum dibawa ke peringkat antarabangsa.

“Kami percaya madu kelulut Malaysia wajar mendapat pengiktirafan dunia. Namun, matlamat ini tidak dapat dicapai oleh satu jenama sahaja. Ia memerlukan penglibatan bersama agensi kerajaan, penyelidik, penternak lebah, pemain industri dan rakan peruncitan,” ujarnya.

Menurut Alann, kualiti madu juga banyak bergantung kepada sumber dan kaedah penghasilannya.

JYNNS Trigona Honey diperoleh daripada satu lokasi dan satu sumber flora di Sarawak, manakala ladang lebah rakan kerjasama kumpulan itu diperakui menerusi Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) oleh Jabatan Pertanian.

Dalam perkembangan lain, JYY Group turut memeterai kerjasama dengan Watsons Malaysia sebagai rakan peruncitan pertama yang menawarkan keseluruhan rangkaian JYNNS Trigona, merangkumi madu kelulut, propolis kelulut dan semburan mulut propolis kelulut.

Kajian fasa kedua turut menilai aktiviti antibakteria semburan mulut propolis kelulut terhadap tiga jenis bakteria iaitu Escherichia coli (E. coli), Salmonella Typhimurium dan Streptococcus pyogenes. Hasil kajian menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap ketiga-tiga bakteria yang diuji, manakala propolis Trigona mencatatkan aktiviti sehingga 99.9999 peratus.