'Anak diterima tanpa kabel' - Fauzi Nawawi sendiri uji bakat Hanna Faresha, sempat buat 'casting' di rumah sebelum temu duga pengacara TV

Iklan

PELAKON Fauzi Nawawi bersyukur anak ketiganya, Hanna Faresha mencapai cita-cita menjadi pengacara TV tanpa menggunakan sebarang saluran atau pengaruh keluarga.

"Alhamdulillah... anak saya diterima tanpa menggunakan apa-apa kabel pun untuk dapatkan tempat sebagai pengacara Wanita Hari Ini (WHI)," kongsinya.

Iklan
Iklan

Pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010 itu juga mendedahkan sempat membantu Hanna membuat persediaan.

'Nurul Hanna sudah berkahwin dan ada anak seorang. Sebelum ini dia aktif sebagai model dan mula bergelar pelakon drama atas dorongan saya.

Iklan

"Saya uji bakat dia, kita 'set up' macam betul-betul set untuk pengacara. 

"Kemudian apa yang saya nampak, memang dia berbakat," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Fauzi melahirkan rasa lega dan bangga apabila Hanna berjaya mencapai kerjaya yang dicita-citakan sementelah ia sesuai dengan bidang pendidikan cahaya matanya itu.

"Saya nampak ada satu masa depan yang sangat cerah untuknya. Sebenarnya sebahagian anak-anak saya memang minat dengan seni.

"Sebab ada lagi separuh, lagi empat tak habis belajar lagi. Tak tahu lagi ke mana kecenderungan mereka. Empat yang sudah habis (belajar), Alhamdulillah masing-masing ada kehidupan sendiri," katanya.

Sekadar info, Hanna Faresha merupakan anak dari perkahwinan pertama Fauzi. Selain Hanna, dia dikurniakan empat anak iaitu Nurul Hainil Fatihah, Muhammad Fareez Hazwan dan Mohd Fikri Hakimi.

Fauzi yang bernikah dengan pelakon Lisdawati dikurniakan empat cahaya mata lain iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.

Sumber: Berita Harian