'Nak kena operate ke?' – Siti Nurhaliza kongsi detik cemas manik mainan tersangkut dalam hidung Afwa, sekali bersin terus terkeluar

Iklan

BIDUANITA Negara Siti Nurhaliza berkongsi detik cemas apabila anak keduanya, Muhammad Afwa, 6, termasuk manik ke dalam hidung dan gagal dikeluarkan.

Menerusi Insta Story, pelantun Purnama Merindu itu mengimbas momen si kecil itu dikejarkan ke hospital.

Iklan
Iklan

"Anak bertuah ibu, balik rumah dari latihan dia buat magik masukkan biji mutiara mainan dalam lubang hidung. Sudah kena ke emergency.

"Masa ni Afwa tengah nervous, ibu lagilah tengah cuak. Macam mana nak keluarkan manik mutiara tu macam besar jer. Adoi, nak kena operate ke apa ke? Adoi Kena tunggu pakar otorinolaringologi (ENT) datang," titipnya.

Iklan

Namun dalam masa menunggu ketibaan pakar, si kecil itu secara tidak sengaja bersin hingga manik mainan itu terkeluar bersama hingus.

"Dalam nervous, Afwa kata 'Ibu Afwa nak terbersin' tapi dia takut..

Iklan

"Agaknya sudah tahan lama nak bersin dia lepaskan juga. Ha sekali keluar biji manik tu dengan hingus kat tangan ibu. Hahahahahaah.

"Alhamdulillah, tamatlah sudah cerita kami untuk hari ini," kongsi Siti.

Sekadar info, Siti juga memiliki seorang anak perempuan bernama Siti Aafiyah Khalid yang kini berusia lapan tahun.