'Sebelum akad, biar ayat ALLAH tenangkan hati' - Bella Astillah khatam al-Quran, Syed Saddiq hadir bawa bunga

Iklan

BAKAL mempelai, penyanyi dan pelakon Bella Astillah selamat menyempurnakan majlis khatam al-Quran menjelang hari bahagianya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam acara yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur itu, Bella tampil jelita dengan busana dres renda berona putih manakala ahli keluarga dan pengiring pengantin elegan dengan pakaian bertemakan warna ungu.

Iklan
Iklan

Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah itu sempat meluahkan rasa sykur segalanya berjalan dengan lancar.

Iklan

"Sebelum lafaz akad menyatukan dua hati, biarlah ayat-ayat ALLAH terlebih dahulu menenangkan hati," kongsinya.

Dalam pada itu, Bella yang menerima jambangan bunga daripad Syed Saddiq pada akhir majlis khatamnya meluahkan rasa terharu.

Iklan

"He came with flowers and my heart melted," luahnya.

Qariah dan pendakwah terkenal Farhatul Fairuzah yang mengetuai bacaan mendoakan agar pernikahan pasangan berkenaan berjalan lancar.

"Alhamdulillah selesai mengetuai majlis khatam al-Quran Kak Bella Astillah. Semoga dipermudahkan urusan ijab kabul esok.

"Terima kasih sudi jemput Farha untuk bersama-sama pada hari ini. Moga ALLAH merahmati kita semua dengan al-Quran," kongsinya.

Sekadar info, Bella dan Syed Saddiq telah bertunang pada 28 Mac lalu.

Pasangan yang bakal melangsungkan akad nikah pada 10 Oktober itu menjemput orang ramai menghadiri majlis perkahwinan mereka yang dinamakan Kenduri Rakyat pada 25 Oktober di Muar, Johor diikuti Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.