Growing Old Together, 7 dulang hantaran Syed Saddiq buat Bella Astillah jadi perhatian, memang green flag!

Iklan
Foto: Ihsan Astro (Azrul Rafie), Team BA'SS

HANTARAN Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman buat isteri, penyanyi Bella Astillah menjadi tumpuan ramai.

Menyerahkan tujuh dulang hantaran, pemberian bekas Menteri Belia dan Sukan itu bertemakan 'Growing Old Together atau menua bersama.

Iklan
Iklan

Ia perlindungan insurans kesihatan, nyawa dan penyakit kritikal untuk Bella dan anak-anak, mas kahwin RM500, cincin dan emas hantara Gunung Kinabalu, biasiswa Pengajian Sarjana Komunikasi di Taylors University, set gimnasium rumah dan kerusi urut, sebuah Basikal, akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, sebuah beg tangan, sepasang kasut dan pakej umrah.

Iklan

Iklan

Warganet teruja dan menyifatkan pemilihan item hantaran berkenaan dilakukan cukup teliti demi masa depan.

"Hantaran dia memang tak ada orang lain yang akan buat walaupun orang itu kaya. Tahniah Syed Saddiq."

"Masya- ALLAH Tabaraqallah. Super green forest hantaran YB Syed Saddiq kepada Bella. Ya ALLAH rahmati pasangan ini, hingga ke jannah."

"Saya sebak tengok hantaran Syed Saddiq untuk Bella, terutama biasiswa untuk sambung belajar."

"Hantaran ini menggambarkan perancangan terbaiknya untuk keluarga."

"Pendidikan, kewangan, kesihatan, masa kini dan masa depan, semua satu kali dalam dulang hantaran. Syed Saddiq memang idola."

Sementara itu, Bella menyerahkan sembilan dulang hantaran termasuk sebentuk cincin, sepasang kasut, senaskah al-Quran dan sejadah, set minyak wangi, buku elektronik, sepasang cermin mata, set manisan coklat, emas hantaran triatlon, tiket pertandingan Larian ULTRAMAN Australia 2027 dan sebuah beg komputer riba.

Terdahulu ahli politik berusia 33 tahun itu sah bergelar suami Bella menerusi akad nikah yang berlangsung pada pukul 10.40 pagi, Sabtu di bangunan ikonik negara, Merdeka 118 Precinct, Kuala Lumpur.

Sumber: Threads

https://www.facebook.com/share/r/1Mgj2y29iF/