‘Tahniah Jep, wira dan inspirasi!’ Bayar zakat RM1.935 juta, Menteri Agama puji keberanian Jep dedah rekod

Iklan

TINDAKAN pelawak Jep mendedahkan rekod bayaran zakatnya kepada umum baru-baru ini menerima perhatian dan pujian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan.

Zulkifli menyifatkan tindakan menunaikan kewajipan rukun Islam itu sebagai satu teladan yang wajar dicontohi masyarakat, selain memberi inspirasi kepada golongan asnaf.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat saudara Jep Sepahtu (Mohd Nadzri Zainal Abidin) yang benar-benar menjadi wira serta inspirasi kepada para asnaf di Wilayah Persekutuan.

"Kita ambil dari sudut positif, dan doakan yang baik-baik untuk semua.

Iklan

Dalam pada itu, Zulkifli turut berkata tindakan Jep berkongsi rekod pembayaran zakat itu wajar dijadikan contoh kepada masyarakat kerana bukan bertujuan menunjuk-nunjuk, sebaliknya memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menunaikan kewajipan agama.

Iklan

"Pengorbanan dan ketelusan figura awam seperti beliau wajar dijadikan ibrah dan iktibar terbaik buat seluruh masyarakat.

"Zakat bukan sahaja menyucikan harta, malah menjadi benteng ekonomi serta penyambung hayat buat golongan yang memerlukan.

"Ia mengukuhkan persaudaraan dan keadilan sosioekonomi ummah dengan membela nasib golongan asnaf. Ayuh kita contohi teladan mulia ini dan tunaikan kewajipan harta. Jom bayar zakat di Pusat Pungutan Zakat!" titipnya.

Terdahulu Jep menerusi Instagram mendedahkan rekod pembayaran zakat berjumlah kira-kira RM1.935 juta bagi tempoh 2016 hingga 2025 melalui hantaran di Instagram.

Suami kepada pelakon Sari Yanti itu menunaikan zakat dengan bayaran tahunan sekitar RM25,000 sehingga mencecah RM300,000 setahun.