CELINE Dion mendedahkan dirinya telah didiagnosis dengan Stiff Person Syndrome (SPS), gangguan neurologi yang jarang berlaku dengan ciri penyakit autoimun.

Penyanyi Kanada Perancis itu mendedahkan kepada 5.2 juta pengikut Instagramnya yang keadaan itu membuatkan ototnya kejang tidak terkawal.

Penyakit itu juga menyebabkan dia mengalami kesukaran berjalan dan menyanyi sekali gus tidak dapat meneruskan konsert yang dirancang di UK dan Eropah tahun depan.

“Saya sudah lama berhadapan dengan masalah kesihatan. Sememangnya sukar bagi saya untuk menghadapi cabaran ini dan bercakap tentang semua yang telah saya lalui.

“Baru-baru ini saya telah didiagnosis dengan gangguan saraf yang sangat jarang berlaku (satu dalam sejuta orang) dipanggil sindrom orang kaku.

“Sementara saya masih belajar tentang keadaan yang jarang berlaku ini, kini saya tahu inilah yang menyebabkan semua punca kekejangan yang saya alami,” ujar penyanyi berusia 54 tahun itu dalam video yang penuh emosi.

Tambahnya, kekejangan itu menjejaskan setiap aspek kehidupan hariannya.

“Malangnya, kekejangan ini menjejaskan setiap aspek kehidupan seharian saya, kadang-kadang menyebabkan kesukaran apabila saya berjalan dan menghalang saya menyanyi seperti biasa.

“Sangat menyakitkan namun saya ingin memberitahu saya tidak akan bersedia untuk memulakan semula jelajah saya di Eropah pada bulan Februari depan,” tulisnya.

Pada 2014, lagu balada diva itu, My Heart Will Go On daripada filem Titanic, memenangi Oscar untuk lagu terbaik namun dia umum bersara bernyanyi ‘selama-lamanya’ ketika suaminya, Rene Angelil bertarung dengan kanser.

Walaupun persembahannya disambung semula setahun kemudian, dia melangkah keluar dari pentas sekali lagi pada awal 2016, berikutan kematian tragis kedua-dua Angelil dan abangnya, Daniel Dion.

Dia akhirnya kembali semula dengan album studio 2019 Courage, yang menampilkan kerjasama dengan Sia, Sam Smith dan David Guetta.

Baca juga Michelle Yeoh dinobat Ikon 2022 majalah Time, 7 fakta menarik mengenainya

Kredit foto: Getty Image bbc.com

‘Ia satu perjuangan’

Bintang itu menyokong rekod itu dengan jelajah dunia, sebahagian besarnya terpaksa ditangguhkan kerana wabak Covid-19.

Dia terpaksa menjadualkan semula tarikh itu tahun ini selepas mengalami “kekejangan otot yang teruk dan berterusan”, yang turut menangguhkan pemulangan kediamannya di Las Vegas.

Beberapa persembahan termasuk malam di Birmingham, Glasgow, Manchester dan London kini telah ditolak semula, manakala yang lain telah dibatalkan.

Dalam pada itu, Dion menyakinkan peminatnya bahawa dia mempunyai pasukan doktor yang hebat yang bekerja bersama untuk membantunya menjadi lebih baik dan anak-anaknya yang berharga yang menyokong serta memberi bantuan.

“Saya bekerja keras dengan ahli terapi perubatan setiap hari untuk membina semula kekuatan dan keupayaan, tetapi saya harus mengakui ia adalah satu perjuangan.

“Apa yang saya tahu ialah menyanyi. Ia adalah perkara yang saya lakukan sepanjang hidup saya dan ia adalah perkara yang paling suka dilakukan.

“Saya sangat merindui kamu. Saya rindu melihat kamu semua [dan] berada di atas pentas, membuat persembahan untuk kamu.

Iklan

“Saya sentiasa memberi 100 peratus apabila saya melakukan persembahan tetapi kini keadaan saya tidak mengizinkan,” ujarnya.

Tidak lagi dapat menahan sebak, penyanyi itu mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan dan menegaskan dirinya tidak mempunyai pilihan selain menumpukan perhatian pada kesihatannya sekarang dan berharap kesihatannya akan pulih.

Baca juga Michelle Yeoh dinobat Ikon 2022 majalah Time, 7 fakta menarik mengenainya

Kredit foto: Getty Image bbc.com

Apakah Stiff Person Syndrome (SPS) dan adakah ubatnya?

1. SPS adalah keadaan yang sangat jarang berlaku dan hanya dialami oleh satu atau dua dalam sejuta orang.

2. Menurut Institut Kebangsaan untuk Gangguan Neurologi, ia dicirikan oleh ketegaran otot yang berubah-ubah pada badan dan anggota badan dan kepekaan yang tinggi terhadap rangsangan seperti bunyi bising, sentuhan, dan tekanan emosi, yang boleh menyebabkan kekejangan otot.

Iklan

3. Postur yang tidak normal, sering membongkok dan kaku, adalah ciri gangguan itu.

4. Orang yang mempunyai SPS boleh menjadi terlalu kurang upaya untuk berjalan atau bergerak, atau mereka takut untuk meninggalkan rumah kerana bunyi jalanan, seperti bunyi hon, boleh mencetuskan kekejangan dan jatuh.

5. Kebanyakan individu dengan SPS kerap terjatuh dan kerana mereka tidak mempunyai refleks pertahanan biasa; kecederaan boleh menjadi teruk.

6. Walaupun tiada ubat untuk SPS, terdapat rawatan termasuk ubat anti-kecemasan dan pelemas otot yang boleh melambatkan perkembangannya.

Sumber: bbc.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.