IBU kepada pelakon Memey Suhaiza, Norlela Abdul Rahman menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.49 pagi ini selepas mengalami strok.
Berita duka berkenaan dikongsikan suami Memey, aktor Norman Hakim menerusi hantaran di Instagram yang turut berkongsi foto pelakon itu disamping jenazah ibunya.
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiunDengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu mentua saya yang dikasihi, Allahyarham Norlela binti Abdul Rahman, telah kembali ke rahmatullah pada 28 Oktober 2026, jam 2.49 pagi di Hospital Kota Tinggi setelah mengalami strok.
"Kami sekeluarga memohon jasa baik keluarga, sahabat handai dan semua yang mengenali Allahyarhamah agar dapat sama-sama mendoakan beliau.
"Semoga ALLAH SWT mengampuni segala dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, melapangkan serta menerangi alam kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-NYA yang beriman dan beramal soleh.
"Mohon sedekahkan bacaan al-Fatihah buat Allahyarham," kongsinya.
Warganet menitipkan ucapan takziah kepada pasangan berkenaan dan keluarga serta mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.