PELAKON Nora Danish dan pempengaruh Betty Rahmad mencuri perhatian warganet apabila berkongsi momen mengalunkan ayat suci al-Quran bersama-sama di Instagram.
Menerusi hantaran terbaharu, dua sahabat lama itu berpadu suara dengan bacaan indah dan mesejnya sangat bermakna ayat 35, surah al-Ahzab yang berkisar mengenai 10 golongan lelaki dan perempuan yang dijanjikan keampunan dan ganjaran pahala yang besar
"We’re still learning, semoga langkah kecil ini membawa kita lebih dekat kepada-NYA. Jom hafal sama-sama," titip Nora.
Perkongsian tersebut nyata mengundang reaksi positif warga maya yang rata-rata memuji persahabatan mereka, selain menyifatkan usaha mengajak satu sama lain mendalami al-Quran sebagai sesuatu yang cukup bermakna.
"Bestie dunia akhirat."
"Buat lagi macam ni untuk surah-surah lain, rasa macam mudah nak hafal."
"Berbahagialah orang-orang yang sedar dan berada di atas jalan ALLAH. Syurgalah tempat mereka dengan menikmati pelbagai nikmat yang disediakan oleh Tuhan mereka."
"Masya-ALLAH, bestie ke arah jannah."