Terima mas kahwin satu dinar emas, Dr Fie sah jadi isteri Kapten Amrul Nizar

Iklan
Foto; Flackitsman, Hansmin Official, Najibs Bakery

PEMPENGARUH Dr Afifah Hidayah Tawfek atau lebih mesra disapa sebagai Dr Fie kembali bergelar isteri selepas selamat dinikahkan dengan usahawan Kapten Amrul Nizar Anuar dalam satu majlis yang berlangsung kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menerusi akad nikah yang disiarkan menerusi laman sosial, Dr Fie menerima mas kahwin satu dinar emas.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, pelakon Lufya mendedahkan telah menzahirkan rasa syukur melihat pasangan mempelai disatukan.

Iklan

Artikel berkaitan:

 

Iklan

'Sah! Mabrukkkk. Alhamdulillah. Semoga ALLAH memberikan keberkatan kepadamu dan keberkatan atas pernikahanmu, serta semoga ALLAH menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan.

Foto: Najibs Bakery

"Pertama kali kenalkan mereka berdua adalah pada Ramadan tahun lepas.

"Ketika itu sudah nampak chemistry dan aura mereka yang berbunga-bunga.

"Alhamdulillah semoga panjang jodohnya. Ya ALLAH berkatilah perkahwinan mereka dan jadikanlah mereka pasangan yang bertakwa. Aamin," titip Lufya.

Foto:Instagram Lufya

Sekadar info, Dr Fie, 36, terdahulu berpisah dengan penyanyi Nubhan Ahamad pada Disember 2025. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: Instagram Lufya