SIAPA sangka pembelian barangan keperluan harian seperti penjagaan kulit, barangan mandian atau vitamin boleh membuka peluang membawa pulang ganjaran bernilai besar?
Bagi ahli MYguardian Rewards, setiap pembelian RM30 dan ke atas kini melayakkan mereka menyertai kempen ganjaran harian yang menawarkan hadiah utama sebanyak 1 juta MYpoints kepada seorang pemenang setiap hari.
Kempen anjuran guardian Malaysia itu berlangsung dari 4 November hingga 1 Disember 2026, sebagai tanda penghargaan kepada ahli program kesetiaan berkenaan yang terus berkembang sejak diperkenalkan pada Mac 2025.
Menurut Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, Singapura dan Brunei, Anna Ng, MYguardian Rewards kini mempunyai lebih 8 juta ahli di seluruh negara, sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori Pendaftaran Keahlian Terbesar dalam Program Ganjaran dalam Tempoh Setahun.
Dengan lebih 550 cawangan guardian di seluruh negara serta platform eStore, ahli berpeluang mengumpul MYpoints menerusi pembelian selain menikmati pelbagai manfaat daripada rangkaian rakan niaga yang semakin berkembang.
Menerusi kempen yang berlangsung sehingga 1 Disember itu, setiap resit pembelian bernilai RM30 dan ke atas di stor fizikal, aplikasi atau laman web guardian melayakkan ahli menyertai cabutan secara automatik. Seorang pemenang baharu akan dipilih setiap hari untuk menerima 1 juta MYpoints.
Selain hadiah utama, peserta turut berpeluang memenangi hadiah bonus bernilai sehingga RM2,000 yang terdiri daripada sembilan unit topeng terapi cahaya LED Ulike, sembilan unit Apple Watch Series 11 dan 10 unit pengering rambut Dyson Supersonic.
Ketua Program Kesetiaan guardian Malaysia dan Brunei, Corynn Wong berkata, pihaknya mahu menjadikan setiap kunjungan pelanggan lebih bermakna, sama ada untuk membeli keperluan penjagaan diri mahupun mendapatkan barangan kesihatan.
Menariknya, ganjaran MYpoints kini tidak terhad kepada pembelian di guardian sahaja. Ahli boleh menggunakan mata ganjaran menerusi lebih 100 MYguardian Partners, merangkumi pelbagai kategori gaya hidup.
Antara rakan niaga yang mengambil bahagian termasuk AirAsia, Cotton On, Luckin Coffee, Poh Kong, Shopee, Trip.com, ZUS Coffee, Ayu Borneo, New York Skin Solutions dan Yun Nam Hair Care.
Peluasan rangkaian itu memberikan lebih banyak pilihan kepada ahli untuk menikmati ganjaran mengikut keperluan masing-masing, termasuk membeli-belah, menikmati kopi, mendapatkan perkhidmatan kecantikan atau merancang perjalanan.
Bagi yang belum mendaftar, keahlian MYguardian Rewards adalah percuma dan pendaftaran boleh dilakukan secara digital.