PEMBATASAN Sosial Berskala Besar (PSBB) kembali dikuatkuasakan di Jakarta selama dua minggu mulai hari ini berikutan kes positif Covid-19 yang meningkat semakin mendadak di lokasi itu.
Kenyataan itu diumumkan dalam sidang media khas semalam bersama Gabenor Jakarta, Anies Baswedan di Dewan Bandaraya, Jakarta yang disiarkan melalui Youtube Pemerintah Provinsi DKI Jakarta.
[caption id="attachment_20510" width="1024"] GABENOR Jakarta, Anies Baswedan.[/caption]
Antara peraturan PSBB itu adalah hanya 11 sektor yang dibenarkan pekerjanya berada di pejabat, antaranya sektor kesihatan, perbankan, komunikasi dan makanan.
Menurutnya, penutupan bangunan itu bukan hanya melibatkan pejabat yang mana pesakit Covid-19 positif bekerja, tetapi seluruh bangunan.
Sebelum itu, Anies menyatakan bahawa pejabat kerajaan dibenarkan beroperasi dengan kapasiti maksimum 25 peratus yang bersesuai dengan Peraturan Menteri Pemberdayaan Aparat Negara dan Reformasi Birokrasi (Menpan RB).
Artikel berkiatan: Covid-19: Waspada kes jangkitan SARI yang sangat luar biasa
Menurut Anies, alasan untuk melaksanakan keseluruhan PSBB adalah kerana peningkatan kes positif Covid-19 selama 12 hari pertama bulan September.
Dalam pada itu, orang ramai dilarang berkumpul melebihi lima orang dan mereka yang tidak memakai pelitup muka di luar rumah akan dikenakan denda Rp250,000 (RM75), manakala rumah-rumah ibadat serta pusat rekreasi dan pelancongan kembali ditutup.
Penggunaan pengangkutan awam turut dihadkan dan larangan makan di restoran, iaitu hanya dibenarkan pembelian untuk dibawa pulang.
Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif tertinggi (54,220) dengan tambahan 1,380 kes positif baharu, serta jumlah kematian keseluruhan sebanyak 1,391 orang.
Sehingga semalam, Indonesia melaporkan 3,636 kes dengan 73 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes di sana sebanyak 218,382 kes dengan 155,010 pesakit yang sembuh.
Sumber dan foto: kompas.com, sinarharian