SEORANG penyewa berputih mata apabila pemilik rumah enggan mengembalikan deposit sewa rumah sebanyak RM13,000 dengan alasan beratus-ratus kecacatan yang ditemui.
Menurut laporan MS News, 300 kecacatan yang telah dibuat itu ditanda dengan nota kuning (post-it notes), setelah dia menyerahkan semula rumah tersebut.
Akui penyewa itu, beliau berpindah ke rumah tersebut ketika ia masih baharu dan mengatakan kecacatan terjadi akibat daripada proses memindahkan perabot ke dalam rumah.
Disebabkan kejadian itu, wanita tersebut bertindak berkongsi kisahnya di laman Facebook untuk mendapatkan pandangan warga maya.
Dalam hantaran yang kini tular di negara Thailand, beliau berkongsi foto nota kuning yang melekat di seluruh rumah dengan kecacatan yang ditanda adalah kesan calar, noda dan lekukan di dinding.
Wanita itu menjelaskan, pemilik rumah mengharapkan dirinya membayar ganti rugi, selain mengambil depositnya dengan nilai yang besar.
Penyewa berputih mata, deposit RM13,000 'lesap'! Tuan rumah tanda 300 kecacatan, guna duit untuk ganti kerosakan
Iklan