Kejam! Gara-gara telefon, kanak-kanak 10 tahun dipukul hingga patah kaki oleh ibu saudara, jadi mangsa dera sejak kecil

Iklan

HATI siapa yang tidak luluh mendengar kisah pilu seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang hidup dalam derita di tangan keluarganya sendiri?

Iklan
Iklan

Ketika anak seusianya bebas berlari, sebaliknya mangsa yang dikenali sebagai NN menanggung kesakitan apabila ibu saudaranya tergamak mencederakannya hingga patah kaki hanya kerana perkara kecil.

Kejadian tragis ini berlaku di Nias Selatan, Sumatera Utara, apabila ibu saudaranya yang dikenali sebagai D naik berang hanya kerana NN ingin meminjam telefon bimbitnya.

Iklan

Iklan

Pihak polis mengesahkan D kini telah ditahan berdasarkan hasil pemeriksaan kecederaan serta keterangan mangsa.

Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila kanak-kanak itu bukan sahaja menjadi mangsa penderaan ibu saudaranya.

Siasatan mendapati bahawa dia juga menjadi mangsa penderaan berpanjangan oleh datuk, nenek tiri, dan bapa saudaranya sejak kecil.

Seorang saksi turut mendedahkan NN pernah dihukum dan dipaksa tidur di dalam kandang ayam seperti haiwan.

Sejak berusia tiga tahun, NN tinggal bersama ibu saudaranya selepas bapanya bercerai dan merantau ke Aceh.

Selain mengalami penderaan fizikal, pemeriksaan perubatan mendapati keadaan kaki NN dalam keadaan yang tidak normal.

Hasil pemeriksaan radiologi mendapati kecacatan pada kaki NN bukan semata-mata disebabkan oleh penderaan tetapi akibat kecacatan sejak lahir.

Doktor mengesahkan kaki NN berbentuk huruf O, dan beliau juga dikategorikan sebagai stunting yang dikategorikan sebagai gangguan pertumbuhan atau kerdil.

Namun, kesan lebam di paha membuktikan bahawa kanak-kanak berkenaan sememangnya telah didera secara fizikal.

Sehingga kini, pihak berkuasa telah menetapkan ibu saudara NN sebagai satu-satunya suspek dalam kes ini.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun.