H: Dilanda wabak, sekatan ekonomi dan taufan, hukuman berat menanti
rakyat Korea Utara jika bazir makanan
PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-Un dilapor ‘mengugut’ rakyatnya dengan hukuman berat sekiranya mereka membazirkan makanan.
Tindakan itu dibuat kepada individu yang melakukan pembaziran makanan ketika negara berkenaan berdepan dengan krisis kebuluran akibat sekatan ekonomi, bencana alam dan pandemik Covid-19.
Korea Utara sebelum ini dilanda tiga taufan pada Ogos dan September yang menyaksikan banyak kawasan tanaman musnah.
Baca juga Penjaga kubur menabung berpuluh tahun untuk tunai haji dengan isteri
Menurut sumber memberitahu Radio Free Asia, pada bulan ini, Jawatan Kuasa Pusat mengarahkan rakyat supaya terlibat secara langsung bagi menangani krisis makanan yang dihadapi negara ketika ini sebagai perjuangan melindungi sumber makanan.
Sejak Januari, hubungan perdagangan Korea Utara dengan dunia luar terhenti akibat pandemik, selain tindakannya menutup semua sempadan dengan negara jiran seperti China.
Arahan itu juga ekoran rakyat Korea Utara yang menantikan Tahun Baru yang biasanya disambut dengan banyak makanan di meja makan keluarga.
Jawatankuasa Pusat telah memerintahkan"untuk tidak mengatur jadual upacara dengan makanan yang dibuat dari biji-bijian."
Kerajaan turut mencadangkan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja sebagai hidangan, sementara untuk tetamu, hanya mi, kek beras dan roti.