‘69 samples, all negative’ – Keputusan ujian Covid-19 artis SFMM35 negatif

Iklan
Untitled design (21)

UJIAN saringan Covid-19 ke atas penyanyi dan kru produksi Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) Ahad lalu disahkan negatif.

Penyanyi, Wany Hasrita berkongsi khabar gembira itu menerusi Insta Story Instagram miliknya yang memaparkan perbualannya dengan seorang doktor di pusat perubatan swasta yang menjadi lokasi hampir kesemua artis dan kru menjalani ujian Covid-19.

Iklan
Iklan

"Jumlah 69 sample, semua negatif,” antara mesej yang dipaparkan.

[caption id="attachment_28064" width="1024"] Paparan mesej yang dikongsi Wany Hasrita menerusi Insta Story miliknya.[/caption]

Iklan

Wany juga menerusi medium sama turut berkongsi keputusan ujian yang diperolehi.

Sementara itu, syarikat pengurusan bakat Rocketfuel memaklumkan artis dan tenaga kerja di bawah naungannya yang terlibat dengan SFMM35 disahkan negatif Covid-19.

Iklan

[caption id="attachment_28065" width="1024"] Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel dan Amira Othman merupakan artis naungan di bawah syarikat pengurusan Rocketfuel.[/caption]

"Pihak pengurusan Rocketfuel ingin memaklumkan bahawa artis dan team di bawah naungan Rocketfuel Entertainment yang terlibat dalam Semi Final Muzik-Muzik 35 iaitu Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel dan Amira Othman disahkan negatif Covid-19.

"Walaupun tidak diharuskan menjalani proses kuarantin, pihak Rocketfuel akan sentiasa memantau perkembangan semasa artis kami.

"Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan daripada wabak ini," tulisnya.

Baca juga Rakan artis buat ujian saringan, Alif Satar mohon maaf

Sementara itu, pengacara SFMM35, Sherry Alhadad dan Haziq Husni turut berkongsi berita gembira sama.

Bagaimanapun kedua-dua pengacara ini akan tetap menjalani tempoh kuarantin 14 hari dan melakukan swab test kali kedua pada hari ke-12 nanti.

"Alhamdulilah atas berkat doa kalian semua, keputusan Covid-19 saya negatif. Proses kuarantin masih di jalankan walaupun keputusannya negatif.

"Hari ke 10 atau ke 12 saya akan melakukan swab test yang kedua. Terima kasih kepada doktor dan jururawat MSU Hospital yang menguruskan kami semalam (Ahad).

"Kepada semua yang terlibat dalam SFMM35 yang masih menunggu keputusan,saya doakan supaya semuanya di permudahkan.

"Buat Alif Satar kami doakan semoga alif serta keluarga cepat sembuh,” ujar Sherry menerusi Instagramnya.

[caption id="attachment_28063" width="1024"] Sherry meneruskan proses kuarantin di rumah.[/caption]

Pada Ahad lalu, penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar mengumumkan dirinya positif Covid-19.

Baca juga  ‘Saya mohon maaf…’ – Alif Satar positif Covid-19

Alif yang membuat persembahan di SFMM35 pada 20 November (Jumaat) kini sedang menjalani rawatan dan kuarantin di sebuah hospital di Melaka.