SUSULAN penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar disahkan positif Covid-19, hampir semua kru dan penyanyi yang terlibat dengan Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM35) sudah menjalani ujian saringan Covid-19 malam tadi.

Antara yang berkongsi sudah menjalani ujian saringan Covid-19 adalah pengacara Sherry Alhadad dan Haziq Husni, serta penyanyi Stacy, Hael Husaini, Zynakal, Tuju K-Clique, Altimet, Aina Abdul, Ernie Zakri, Syamel dan Naim Daniel.

Baca juga (VIDEO) Alif Satar positif Covid-19, rakan selebriti jalani ujian saringan

Namun apa yang menarik perhatian adalah usaha Alif meninggalkan komen memohon maaf serta mendoakan rakan seindustrinya memperoleh keputusan negatif.

Iklan

Bagaimanapun semua tidak menyalahkan Alif di atas apa yang berlaku dan turut mendoakan agar Alif segera sembuh.

Iklan

Bukan itu sahaja, warganet juga tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat buat Alif.

Baca juga Ibu,ayah dan adik Alif Satar positif Covid-19