Ini 7 perkara penting berkaitan kriteria i-Sinar semasa

Iklan
Ini 7 perkara penting berkaitan kriteria i-Sinar semasa

PANAS di media sosial berkaitan kriteria permohonan pengeluaran akaun 1, i-Sinar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Oleh itu, semalam pihak KWSP telah mengeluarkan satu kenyataan mengatakan tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar.

Iklan
Iklan

Baca juga Jangkitan pada paru-paru, Wani Comel dimasukkan ke hospital

Iklan

Sebelum ini, KWSP telah mengumumkan dua kategori kriteria kelayakan bagi memohon i-Sinar bagi membantu ahli yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.

Kategori 1 adalah untuk yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Iklan

Artikel berkaitan: Pencarum KWSP kategori 1 layak dapat kelulusan automatik tapi perlu mohon online

Manakala Kategori 2 pula adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Artikel berkaitan: Pencarum KWSP kategori 2 bagi ahli yang terjejas pemotongan 30% pendapatan