GADIS Obesiti, yang baru-baru ini tular kerana mendakwa dirinya dianiayai seorang pengasas kosmatik, Wani Comel, hari ini dimasukkan ke Hospital Putrajaya akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Difahamkan Wani atau nama lengkapnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, mengalami sesak nafas dan muntah teruk sebelum dikejarkan ke hospital.

Merujuk kepada beberapa sumber yang tular di media sosial, dan wakilnya, Wani, kini ditahan di wad untuk rawatan lanjut dan berada bawah pamantauan doktor.

Menurut perkongsian di Instagram @everglitzbeauty_hq juga, doktor mengesahkan ada jangkitan kuman pada paru-paru Wani.

“Tolong sama-sama doakan Wani selamat. Apa yang saya tahu, setakat ini doktor bagitahu saya paru-paru Wani ada jangkitan kuman.

“Wani dah lama sakit muntah, bila makan sakit, bila tidur sakit. Saya cakap sebab saya nampak dan saya jaga Wani di sini.

“Allahuakbar.. Tak apa Wani, biarlah orang luar mengecam awk macam-macam. Akak di sisi Wani. Akak nak Wani sihat.

Iklan

“Pedulikan apa org luar nak cakap. Mereka bukan fikir hidup mati Wani,” ujar sumber berkenaan yang turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan Wani.

Terdahulu Wani dalam sebuah sidang media beberapa hari lalu tampil mendedahkan dirinya telah dianiayai seorang pengasas kosmetik terkenal yang tidak melunaskan janji selepas melantiknya sebagai duta produk syarikat berkenaan.

Iklan

 

(SUMBER/FOTO: Instagram Everglitzbeautyhq & Wani Comel)