Pelajar dipenjara 4 bulan kerana gagal patuhi tempoh kuarantin hanya untuk berjumpa teman lelaki

Iklan
Pelajar dipenjara 4 bulan kerana gagal patuhi tempoh kuarantin hanya untuk berjumpa teman lelaki

SEORANG pelajar berusia 18 tahun dari Georgia, Amerika Serikat, berdepan hukuman penjara empat bulan setelah didapati bersalah melanggar protokol Covid-19 di wilayah Karibia Inggeris untuk berjumpa teman lelakinya.

Memetik laporan CNN, pelajar yang dikenali sebagai Skylar Mack merupakan pelajar jurusan kedoktoran di University Mercer.

Iklan
Iklan

Menurut nenek Mack, dia berangkat ke Kepulauan Cayman pada 27 November lalu. Ketika Mack tiba di kepulauan tersebut, dia telah menjalani ujian Covid-19 dan hasilnya positif.

Sesuai dengan peraturan negara Caribbean, Mack diminta untuk mengasingkan diri selama 14 hari di alamat kediamannya.

Iklan

Dia dilengkapi dengan gelang geofencing dan juga menandatangani dokumen yang melarangnya menanggalkan gelang tersebut dan meninggalkan kediaman selama 14 hari.

Namun, selepas dua hari, Mack mengambil keputusan untuk menanggalkan gelang geofencingnya dan meninggalkan kediaman untuk menyaksikan teman lelakinya bertanding di acara Jet Ski yang penuh sesak dengan orang ramai.

Iklan

Dia juga berinteraksi dengan orang ramai di acara itu selama lebih dari tujuh jam, lapor Cayman Compass.

Polis dipanggil setelah pihak penganjur diberitahu bahawa dia melanggar syarat pengasingan Covid-19 yang sedang menjalani tempoh kuarantin.

Menurut polis, ketika ditangkap, dia tidak memakai pelitup muka atau gelang yang menunjukkan dia individu yang sedang dikuarantin.

Menurut sumber, ketika disoal, Mack mengaku dia telah melanggar peraturan dengan meninggalkan kediamannya tanpa izin. Dia dan teman lelakinya Ramgeet kemudian dibawa ke penempatan kuarantin.

Pada 4 Disember, Mack dituduh atas kesalahan meninggalkan kediaman dalam tempoh selama 14 hari kuarantin wajib dan Ramgeet didakwa membantu dan bersubahat dengannya.

Mereka berdua mengaku bersalah atas tuduhan tersebut dan masing-masing dijatuhkan hukuman 40 jam khidmat masyarakat dan denda USD 2,600.

Bagaimanapun, pendakwa raya negara itu mengatakan hukuman mereka tidak setimpal dan merayu kepada Mahkamah Agung untuk menjatuhkan hukuman penjara untuk pasangan itu.

Pendakwa raya pula berpendapat bahawa hukuman penjara terlalu keras untuk kesalahan pertama kali oleh seorang remaja berusia 18 tahun yang telah mengaku bersalah.

Dia juga mengatakan bahawa Mack telah kehilangan sebahagian besar simpanannya dengan membayar denda penuh dan dia telah menerima surat kebencian dan ancaman kematian akibat dijangkiti Covid-19.

Ramgeet juga dilucutkan wang hadiah dan penghargaannya di acara Jet Ski dan dia dilarang untuk menyertai beberapa perlumbaan pertama musim berikutnya, lapor Compass.

sumber : buzzfeednews