2 anak perlu buah pinggang, malangnya ibu hanya boleh derma satu sahaja

Iklan
2 anak perlu buah pinggang, malangnya ibu hanya boleh derma satu sahaja

HATI ibu mana yang sanggup melihat anak-anak sakit di depan mata.

Setiap ibu pasti akan sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri demi anak tersayang.

Iklan
Iklan

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita di England ini apabila perlu membuat pilihan untuk menderma buah pinggang kepada salah seorang anaknya.

Iklan

Kedua-dua anaknya menderita gangguan genetik yang sama, didiagnosis dengan nefronofthisis iaitu suatu keadaan yang mengganggu fungsi ginjal melalui keradangan dan parut serta kini memerlukan pemindahan buah pinggang.

Ariel, anak kedua, pertama kali menunjukkan gejala pada tahun 2016. Pada masa itu dia mengalami keletihan yang berterusan.

Iklan

Keluarga pada mulanya menyangka Ariel keletihan kerana sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan, namun dia dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.

Tiga tahun kemudian, abangnya, Noah pula didiagnosis menghidap nefronofthisis juga bermula dengan mengalami sakit yang teruk dan muntah darah.

Noah juga mengalami gastroparesis, penyakit yang menjejaskan otot perut atau saraf yang mengawal otot menyebabkan otot tersebut berhenti berfungsi dengan baik, menyebabkan penurunan berat badan yang teruk.

Ayah mereka, Darryl Bingham, 49 tahun, tidak dapat menderma ginjal kerana dia mempunyai jenis darah yang berbeza.

Sarah memberitahu Wales Online, dia perlu keadaan itu sangat sukar untuk dilaluinya.

Baca juga [VIDEO] Pelik tetapi benar, nama tiga beradik ini sempena nama pautan laman web yang menyatukan cinta ibu bapa mereka

Namun kegusaran si ibu berakhir apabila dua saudaranya tampil untuk mendermakan kepada salah seorang anaknya.

Dua saudara yang tidak mahu disebutkan namanya berjaya mempunyai buah pinggang yang tepat untuk Noah.

Akhirnya si ibu boleh mendermakan buah pinggangnya kepada anak perempuannya, Ariel.