LAZIMNYA, pemilihan nama anak sering dikaitkan dengan gabungan nama pasangan ataupun keturunan.

Tidak kurang juga ada pasangan yang sukakan nama pelik-pelik. Barangkali mereka ingin memenuhi keinginan kerana terlalu taksub dengan sesuatu watak dalam drama atau rancangan kartun popular atau apa sahaja alasan.

Pernah viral sebelum ini nama si anak ditulis dengan panggilan Goku (watak kartun).

Namun baru-baru ini, terdapat pasangan yang mengabdikan nama anak sempena wabak yang sedang melanda dunia dengan Vairus Abdul Covid.

nama pelik

Hal itu berlaku di Indonesia sehingga menimbulkan banyak tanda tanya dan perbahasan dalam kalangan warganet.

Pun begitu, bukan kisah bayi lelaki tersebut yang ingin SinarPlus kongsikan.

Kali kami ingin berkongsi kisah tiga beradik yang diberi nama cukup unik sebagai tanda ingatan cinta kedua ibu bapanya. Ia menjadi viral di Indonesia baru-baru ini.

Tribunnews.com melaporkan, sepasang suami isteri telah menamakan anak mereka dengan ejaan dot com. Pendekatan itu memang pelik dan membuatkan ramai tertanya-tanya sejarah di sebalik nama itu.

nama pelik

Anak pertama pasangan itu diberi nama Salsabila Shofwah Alamak Dot Com diikuti Mustaghfirin Nazhmi Ramadhan Dot Com dan si bongsu, Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.

Agak melucukan, namun begitu ada kisah di sebalik nama tersebut.

Menurut laporan Tribunnews.com, Mustaghfirin Nazhmi Ramadhan Dot Com, 18, berkongsi kisah keluarganya dalam video Tik Tok.

Kata remaja itu, nama yang diberikan oleh kedua ibu bapanya sempena perkenalan mereka di laman web iaitu alamak.com pada tahun 1999.

Iklan

“Laman web itu menjadi permulaan bibit percintaan ibu bapa saya dan kakak yang sulung pun didaftarkan pada hujung namanya Alamak Dot Com.

“Pada awalnya agak malu tetapi bila sudah dewasa, nama itu jadi kebanggaan,” katanya yang mesra disapa dengan nama Rama.

@wakelotkangcopet88Balas @karinluluwill masih langka aku kan wek🤣♬ original sound – kajirama88 – dotcom

Video itu ditonton hampir 400,000 kali.

Iklan

Remaja yang menetap di Gresik, Jawa Timur itu mengakui, beliau pernah menjadi bahan ejekan dan usikan rakan-rakan.

“Guru sekolah juga terkejut dengan nama saya sampaikan mereka tidak percaya.

“Terpaksalah saya bagi bukti kepada mereka untuk kesahihan,” katanya yang bangga apabila namanya menjadi viral.

Ada-ada sahaja ya nama pelik-pelik untuk anak. Pun begitu, harapnya nama ini memberi doa yang baik-baik buat mereka. Jangan terlalu taksub ya!