2 ekor Gorila positif Covid-19 disyaki berjangkit dengan kakitangan zoo tidak bergejala

Iklan
2 ekor Gorila positif Covid-19 disyaki berjangkit dengan kakitangan zoo tidak bergejala

DUA ekor gorilla yang tinggal di Taman Safari Zoo San Diego di California, Amerika Syarikat (AS) merupakan haiwan pertama spesis tersebut yang dilaporkan positif Covid-19 seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Xinhua.

Pegawai pengendali Zoo dan Taman Safari Zoo San Diego, dalam satu kenyataan berkata, punca jangkitan kepada spesis beruk besar itu masih dalam siasatan sama ada ia dijangkiti daripada haiwan atau manusia.

Iklan
Iklan

Namun, siasatan awal mendapati gorila itu disyaki berjangkit daripada kakitangan zoo itu yang tidak bergejala.

Pihak zoo juga mengakui sudah mengikuti semua langkah keselamatan yang disyorkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS.

Iklan

Dua ekor gorila tersebut pada mulanya mengalami batuk sejak 6 Januari lalu dan pihak Zoo telah menguji sampel najis gorila melalui Sistem Makmal Kesihatan Haiwan dan Keselamatan Makanan California.

Hasil ujian mengesahkan keputusan positif dan mendapati kewujudan virus SARS-CoV-2 iaitu virus penyebab Covid-19 pada haiwan tersebut.

Iklan

Pihak zoo juga tidak menolak kemungkinan kehadiran virus pada gorila lain dalam kumpulan haiwan lain.

Menurut Lisa, dua ekor gorila itu juga akan dikuarantin dan diasingkan dengan haiwan lain dan akan menjalani rawatan susulan.

"Kajian penyelidikan mengesahkan beberapa haiwan juga terdedah kepada jangkitan covid-19, tetapi ini adalah kes pertama melibatkan spesis beruk besar dan tidak diketahui sama ada ia akan mengalami tindak balas serius," katanya.

Menurut sumber, koronavirus juga telah dijumpai di sejumlah spesies binatang liar yang lain dalam kurungan, termasuk beberapa singa dan harimau di Zoo Bronx di New York dan empat singa di Zoo Barcelona di Sepanyol.

Ekoran kejadian itu juga kini Taman Safari Zoo San Diego yang merupakan tarikan utama pelancong di daerah itu ditutup kepada umum sejak 6 Disember lalu.

Sumber : cbs8.com