Hati-hati! Tiada ‘Kategori 3’ diwujudkan bagi permohonan i-Sinar

Iklan
Hati-hati! Tiada ‘Kategori 3’ diwujudkan bagi permohonan i-Sinar

UMUM sedia maklum, semalam kerajaan telah membuka permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Kategori 2 kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat penularan Covid-19.

Namun, kini dilihat ramai pihak tidak bertanggungjawab menunggu peluang untuk mengambil kesempatan atas kesulitan orang ramai!

Iklan
Iklan

Hari ini, tular di laman sosial foto iklan Permohonan i-Sinar Kategori 3 dibuka pada 13 Januari 2020.

Iklan

Bagaimanapun, KWSP tampil mengesahkan itu adalah PALSU! Berwaspada dengan informasi berkenaan.

Iklan

KWSP juga mengingatkan ahlinya, Permohonan i-Sinar Kategori 3 tidak pernah wujud.

AWAS! Itu semua palsu dan merupakan sindiket licik pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menipu dan mengaut keuntungan dengan cara mudah!

Artikel berkaitan: Tanpa dokumen sokongan, i-Sinar Kategori 2 tidak akan diproses

Artikel berkaitan: i-Sinar Kategori 1 sudah boleh mula mohon, hanya guna MyKad