Tanpa dokumen sokongan, i-Sinar Kategori 2 tidak akan diproses
SEMUA maklum, i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis Covid-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Bagi mereka yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020 atau tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan, korang boleh memohon pengeluaran i-Sinar Kategori 2 yang telah dibuka bermula hari ini.
Kategori 2 ini adalah untuk ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (ini termasuklah jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my bermula hari ini 11 Januari sehingga 30 Jun 2021.
Korang perlu bersedia dengan dokumen sokongan sebagai bukti pengurangan pendapatan keseluruhan seperti;
- Slip/ Penyata gaji SEBELUM pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus dalam tempoh
- 12 bulan daripada tarikh permohonan); DAN
- Slip/ Penyata gaji SELEPAS pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus antara bulan April 2020 sehingga bulan permohonan; DAN
- Notis Pengesahan Majikan berkenaan pemotongan gaji dan/atau elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ ATAU
- Dokumen sokongan lain yang membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank.
Korang perlu ingat ya, TANPA dokumen sokongan, permohonan anda tidak dapat diproses sepenuhnya.
Dokumen ini perlu anda muat naik sebelum 30 Jun 2021 bagi memudahkan proses seterusnya.
Jika korang sudah muat naik dokumen namun diminta untuk memuat naik semula dokumen sokongan atau tambahan sekiranya dokumen terdahulu yang dimuat naik, ia mungkin dokumen korang mengalami; tidak jelas atau tidak lengkap atau tidak berkaitan.
Cara Permohonan i-Sinar Kategori 2 online adalah seperti berikut:
- Layari isinar.kwsp.gov.my (mulai 11 Januari 2021)
- Isikan No IC dan No Tel Bimbit
- Tekan TERUSKAN
- Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau JAWAB SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan.
- Tetapkan Amaun Pilihan
- Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN
- Lengkapkan Maklumat Pemohon yang WAJIB diisi
- Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN
- Lampirkan Dokumen Sokongan
- Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan ✓ sebelum tekan HANTAR
- Permohonan telah diterima dan akan diproses
Korang boleh menyemak status permohonan i-Sinar melalui;
- i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan; atau
- i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran; atau
- Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.
Tarikh semakan kelulusan dan bayaran
- Bagi Kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
- Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Bayaran akan dibuat mengikut kaedah bayaran pilihan anda sama ada secara Pengkreditan Terus (DC) ke akaun bank atau Arahan Bayaran (PO) yang perlu diambil di cawangan KWSP pilihan anda setiap kali menerima bayaran. PO ini hanya boleh ditunaikan di Bank RHB.
Artikel berkaitan: Pencarum KWSP kategori 2 bagi ahli yang terjejas pemotongan 30% pendapatan
Bagi melancarkan urusan permohonan, korang digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
- Masih aktif
- Milik anda
- Bukan Akaun Bersama (Joint Account)
- Tarikh Permohonan
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang