Faye Kusairi pulih daripada Bell Palsy selepas 4 minggu

Iklan
Untitled design (58)

PELAKON Faye Kusairi memberitahu dia kini sudah pulih sepenuhnya daripada masalah Bell Palsy yang menyerangnya empat minggu lalu.

Menurut Faye atau nama penuhnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 34, sepanjang tempoh pemulihan itu, dia hanya mengambil ubat doktor seperti disarankan dan urutan pada wajah.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah setelah empat minggu menderita akibat Bell Palsy, saya kini sudah sihat sepenuhnya.

"Apa yang saya praktikkan adalah ubat dan vitaman B12, fisio serta rawatan totok wajah secara konsisten.

Iklan

"Saya tak pergi buat akupuntur dan saya tak makan atau ambil atau pakai benda selain apa yg disarankan doktor,” ujarnya menerusi Instagram.

Iklan

Artikel Berkaitan Hamil 38 minggu, Faye Kusairi mengalami Bell Palsy

Faye mengalami Bell Palsy ketika menggosok gigi ketika sarat hamil anak keduanya, Asha Azmi baru-baru ini.

Dia mengalami kekejangan pada otot muka sebelah kanan ketika sedang menggosok gigi.

Bell Palsy adalah penyakit membabitkan kerosakan pada satu saraf muka iaitu ‘facial nerve’. Situasi itu berlaku apabila otot yang mengawal ekspresi wajah tidak berfungsi dengan normal akibat kecederaan atau gangguan sarat muka.

Baca Juga ‘Kenalkan…. Asha Azmi,’ – Comelnya anak Faye Kusairi