'Saya dan suami tidak bersalam dengan mak sejak PKP pertama dulu, jauh sekali berdakap' - Normala Samsudin

Iklan
normala samsudin

MENYEDARI warga emas antara golongan berisiko tinggi dijangkiti wabak Covid-19 telah mendorong ikon pengacara tersohor tanah air, Puan Sri Normala Samsudin mengambil langkah berwaspada.

Enggan membiarkan perkara tidak diingini berlaku terhadap ibu tersayang yang baru sahaja keluar hospital selepas menjalani rawatan, beliau dikatakan sanggup 'berjauhan' meskipun ibunya itu berada di depan mata.

Iklan
Iklan

Menerusi laman sosial Instagramnya @normalasamsudinofficial, bekas pengacara Nona itu menzahirkan perasaan yang membungkam dalam diri.

[caption id="attachment_38038" width="640"] ANAK mana yang tidak merindui momen untuk bersalaman dan memeluk erat ibu tersayang. Namun, perasaan itu diketepikan Normala demi kesihatan bondanya.[/caption]

Iklan

Artikel berkaitan"Mama Doa Anakku Selamat Dan Sentiasa Dilindungi Allah SWT,” – Normala Samsudin

"Mendengar suara, melihat kelibatnya (ibu) yang baru keluar hospital cukup mengubat kerinduan. Saya dan suami tidak bersalam dengan mak sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pertama dulu (tahun lalu), jauh sekali berdakap.

Iklan

"Ini disebabkan, saya sayang emak dan adik-beradik, maka tidak mahu menjadi penyebab sekiranya saya pembawa," tulisnya baru-baru ini.

[caption id="attachment_12313" width="1024"] KEJELITAAN Normala yang pernah mendapat jolokan ‘Wanita Melayu Terakhir' masih terserlah meskipun kini menginjak usia 57 tahun.[/caption]

Pun begitu, sebelum pulang menziarahi ibunya, isteri kepada kepada bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Azmi Khalid itu turut mengambil inisiatif menjalani ujian calitan Covid-19.

"Dapat belikan barangan keperluan dapur, keperluan asas yang memang saya lakukan setiap bulan sejak mula bekerja dahulu," ujar Normala yang memiliki tiga cahaya mata.

[caption id="attachment_38039" width="640"] NORMALA menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP bagi bersama-sama memerangi pandemik Covid-19.[/caption]

Dalam pada itu, pelakon filem Gerak Khas The Movie sekitar tahun 2001 tersebut juga menitipkan pesanan ringkas kepada masyarakat supaya tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan virus Covid-19.

 

Artikel berkaitanNormala Samsudin, 56 Tahun, Masih Jelita, Sihat Bertenaga. Ini Amalannya…