Tandas di Jepun guna butang hologram untuk elak sentuhan, fiksyen sains kini memang wujud!

Iklan
Tandas di Jepun guna butang hologram untuk elak sentuhan, fiksyen sains kini memang wujud!

SEPERTI ramai sedia maklum, Jepun adalah merupakan negara maju yang tidak asing lagi dari segi teknologi dan sainsnya.

Malah, Jepun adalah kuasa ekonomi dunia yang kedua selepas Amerika Syarikat. Selain itu, rakyat Jepun mempunyai purata jangka hayat umur tertinggi di dunia kerana taraf kesihatan mereka yang tinggi.

Iklan
Iklan

Namun, bagaimana agaknya cara mereka menangani pandemik Covid-19 dan mengadaptasi teknologi dan sains dalam menjalani norma baharu?

Ya! Salah satu usaha yang dilakukan di Jepun adalah mereka telah mewujudkan satu sistem canggih seakan fiksyen sains yang telah dibangunkan untuk mengurangkan sentuhan di dalam tandas.

Iklan

Teknologi yang diberi nama Floating Pictogram Technology yang dibangunkan oleh Murakami Corporation membolehkan butang hologram terapung di udara yang mana pengguna tidak memerlukan sentuhan fizikal untuk menggunakannya.

Sensor infra merah akan mengesan kedudukan jari apabila pengguna ingin menekan butang menu arahan semasa menggunakan tandas.

Iklan

Untuk pengetahuan, tandas di Jepun mempunyai pelbagai butang kawalan yang berfungsi untuk mengepam tandas, mengawal paip air, suhu air, sistem audio, menyembunyikan audio ketika membuang air dan lampu UV nyahkuman.

Oleh sebab itu, jika butang fizikal digunakan, ia pastinya perlu dibersihkan atau disanitasi dengan kerap.

Selain penggunaan di tandas, Murakami Corporation juga dilaporkan akan mengguna pakai teknologi serupa pada butang ATM dan lif hologram atas sebab yang sama.

Ternyata teknologi sebegitu bukan sahaja perlu di Jepun, malah ia sememangnya sangat diperlukan di dunia era pandemik hari ini bagi membendung penularang Covid-19 melalui sentuhan.

Dimulakan dengan tandas dan ATM, kemudian pada masa hadapan mungkin hologram gergasi ala Blade Runner dan Ghost In The Shell pula menjadi realiti. Nampaknya Jepun sekali lagi maju setapak di hadapan berbanding negara-negara lain.

Walaupun baru-baru ini rakyat di Jepun diuji dengan kejadian gempa bumi berskala tinggi, ia tidak mematahkan semangat penduduk di sana untuk terus maju dan berdaya saing dengan negara-negara luar.

Ada juga stigma yang mengatakan musibah yang sering melanda negara itu terutama gempa bumi yang boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari menjadikan rakyat Jepun sangat menghargai kehidupan.

Malah, ia menuntut rakyat di negara itu melakukan yang terbaik apatah lagi Jepun pernah hancur ketika Perang Dunia Kedua.

Justeru, adalah diharapkan kita juga mengambil nilai-nilai positif daripada masyarakat Jepun supaya Malaysia dapat berdiri sama tinggi dengan Jepun satu hari nanti.

Ia tidak mustahil jika kita ubah sikap! Betul tak?