Reza minta izin ibu sebelum peluk Islam

Iklan
reza

PELAKON hebat Indonesia, Reza Rahadian menjadi bualan warganet kerana statusnya sebagai seorang mualaf.

Menurut detikhot, Reza yang pernah beberapa kali memenangi anugerah pelakon terbaik ini, tidak menyangka namanya trending kembali sedangkan video yang tular tersebut adalah video lama.

Iklan
Iklan

Video yang dikongsikan di saluran YouTube Daniel Mananta, pelakon tersebut bercerita mengenai perjalanan hidupnya sebelum bergelar artis dan menyatakan dia baru memeluk Islam.

Iklan

Cuma sejak video tersebut menjadi tular, ramai beranggapan dia seperti baru sahaja memeluk agama Islam.

Reza yang terkenal dengan filem Rudy Habibie tidak mahu mengulas lanjut berkenaan video itu kerana penghijrahannya adalah pilihan peribadi dan tidak ada paksaan daripada sesiapa.

Iklan

Baca juga: Drama Nur kini bersiaran di Indonesia

 

Pelakon itu juga memberitahu meminta izin daripada ibunya dahulu sebelum membuat keputusan memeluk agama Islam.

Perbezaan agama dengan ibunya tidak menghalang dirinya untuk sentiasa menghormati insan yang telah melahirkannya ke dunia ini.

Pelakon yang berasal dari Bogor Indonesia ini mula menceburi bidang seni pada tahun 2004 dan telah hampir dua dekad melakar nama dalam industri.

 

Baca juga: Bayar nazar, letak nama anak syarikat tempat kerja 

 

Foto: Sumber Google