Bayar nazar, letak nama anak syarikat tempat kerja

Bayar nazar, letak nama anak syarikat tempat kerja
Bayar nazar, letak nama anak syarikat tempat kerja
A
A
A

ADALAH menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya.

Biasanya, nama-nama yang mempunyai makna yang indah dan unik menjadi pilihan hati.

Namun lain pula yang terjadi kepada pasangan suami isteri di Jawa Tengah, Indonesia ini.

Meskipun dikecam hebat, pasangan itu tetap dengan keputusan untuk menamakan bayi mereka sempena nama Dinas Komunikasi Informatika dan Statistik di Kabupaten Brebes.

Bayi lelaki yang dilahirkan pada 23 Disember lalu diberikan nama Dinas Komunikasi Informasi Statistik atau nama panggilannya Dinko.

Lapor kompas.tv, pasangan suami isteri, Slamet Wahyudi, 38, dan Ririn Linda Tunggal Sari, 33, telah bernazar untuk menamakan anak lelaki mereka sempena nama tempat Slamet mencari rezeki.

Menurut Slamet, nama tersebut dipilih bukanlah untuk menjadi bahan lawak namun ia sebagai bukti dan penghargaannya kepada syarikat tersebut yang menjadi sumber rezekinya selama ini.

Walaupun mendapat kecaman daripada warganet dan orang sekeliling, Slamet tetap mengganggap anaknya boleh membawa tuah kepada keluarga dengan nama unik tersebut.

Uri bayi

Berkongsi mengenai nama itu, Slamet yang sudah bekerja selama 18 tahun di syarikat tersebut berkata, pemberian nama berkenaan telah dirancang sejak awal pernikahan.

Katanya, pada awalnya, nama tersebut ingin diberi kepada anak pertama mereka, namun ditangguhkan kerana anak sulung mereka adalah anak perempuan.

Baca juga Pengurus pejabat paling tua di dunia, masih gigih bekerja usia 90 tahun

Kisah pasangan berkenaan turut tular sekali gus rumahnya menjadi tumpuan orang ramai setiap masa.

Namun, menjengah ruangan komen, ternyata ada warganet yang tidak menyenangi nama tersebut.

young_joyfull - Semoga nanti tidak diejek oleh rakan-rakannya.

@faraaquin - Macam takde nama lain. Mana entah dapat motivasi wkwkwk.

Jadi, berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang sekurang-kurangnya membawa maksud yang baik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang