Syarikat peruncit perkakas rumah pilihan rakyat Malaysia MR. D.I.Y giat berusaha memastikan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dapat dinikmati oleh semua.
Juadah istimewa Hari Raya, diskaun, promosi dan jualan murah, semuanya ada untuk menyambut musim perayaan tanpa perlu khuatir jika berbelanja secara berlebihan.
Bercakap ketika perasmian promosi Raya Kami Termurah, Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Andy Chin berkata,"Bulan Ramadan adalah bulan kita memupuk semangat kekitaan dan harmoni, walaupun banyak keluarga yang terpisah secara fizikal.
Tambahnya lagi, MR D.I.Y. turut melancarkan promosi istimewa kepada lebih dari 150 barangan penting pada musim perayaan dengan diskaun sehingga 30%. Terdapat juga 20% diskaun untuk produk-produk daripada jenama terkemuka.
Jualan murah ini turut dimeriahkan dengan peraduan Raya Shop & Win pada 4 Mei, bersama hadiah lumayan berupa Set Gerudi Pro Fixman hingga ke baucar tunai atas talian berjumlah RM50.
Pelanggan juga akan menerima satu paket sampul raya percuma dengan pembelian minimum RM30, sementara stok masih ada. Pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan ShopeePay dari sekarang hingga 31 Mei, akan turut menerima Duit Raya berjumlah RM4, dengan pembelian minimum RM30 di MR D.I.Y. atau MR.DOLLAR dan RM40 di MR.TOY.
Untuk maklumat lanjut tentang cawangan yang terlibat, layari laman sesawang MR D.I.Y. di www.mrdiy.com dan juga Facebook dan Instagram MR D.I.Y untuk maklumat terkini.
MR. D.I.Y. Raya Kami Termurah (16 April - 16 Mei 2021)
1.RAYA KAMI TERMURAH; DISKAUN SEHINGGA 30% (16 April - 16 Mei 2021)
● Di cawangan terpilih di seluruh negara
● Lebih dari 150 jenis produk Raya dengan diskaun sehingga 30%
● Barangan dekorasi rumah seperti alas meja, kain pengelap, alas kaki, kain pelitup sofa atau kerusi, pasu kayu dan gelas, langsir dan pengepit langsir,
● Dekorasi Raya seperti barang-barang perhiasan, pelekat pintu/dinding, lampu pelita, beg hadiah, sampul raya dan sejadah.
● Memperkenalkan 6 jenis Kuih Raya. Hanya terdapat di lebih dari 280 cawangan seluruh negara:
Coklat Badam 300G
Biskut Kacang Gajus 230G
Cip Coklat Badam 300G
Badam Cair 280G
Tart Nenas 480G
Biskut Coklat Swiss 300G
2.JUALAN SUPER BRAND-DISKAUN SEHINGGA 20% (16 April - 16 Mei 2021)
● Cawangan terpilih seluruh negara
● Lebih dari 50 jenis produk dengan diskaun sehingga 20%
● Jenama terlibat: Energizer, Eveready, Glade, Ambi Pur, Pantene, Head & Shoulders, Rejoice, Mr Muscle, Harpic, Downy
● Produk: Barangan elektrik seperti bateri, produk penjagaan rumah dan kereta dari pewangi dan pelembut fabrik, produk penjagaan diri seperti syampu dan produk pembersih, pembersih mangkuk tandas, disc starters
Baca Juga: Baju Melayu pakaian tradisi pelengkap Aidilfitri. Ini cerita di sebaliknya
3.MRDIY x ShopeePay Cashback (1 April - 31 Mei 2021)
● Tarikh: 1 Apr - 31 Mei 2021
● Cara-cara:
I.Buat pembelian sebanyak RM30 dan ke atas di cawangan MR. D.I.Y. terpilih
II.Bayar menggunakan aplikasi Shopee
III.Bayar RM30 ke MR.DIY & pengguna dapat semula RM4 di aplikasi Cashback serta merta (RM4 ‘cashback’ dengan pembelian serendah RM30)
IV.1 tebusan untuk 1 orang sahaja
V.Juga terdapat di cawangan terpilih MR. TOY (dengan pembelian RM40) & cawangan MR. DOLLAR
4.GIFT WITH PURCHASE (GWP) HADIAH DENGAN PEMBELIAN-PERCUMA SAMPUL RAYA (30 April - sementara stok masih ada)
● Berbelanja minimum RM30 dan dapatkan 1 paket sampul raya (4 pcs)
● Hanya terdapat di cawangan terpilih MR.TOY & MR.DOLLAR
Baca Juga: Rebut pahala bulan mulia! Bantu yang memerlukan bersama Skuad Kebaikan MILO