Rebut pahala bulan mulia! Bantu yang memerlukan bersama Skuad Kebaikan MILO

A
A
A

AMALAN kebajikan merupakan suatu perkara baik yang sangat dituntut untuk dilakukan oleh semua umat manusia.

Ini kerana amalan kebajikan yang diseru oleh Allah itu termasuk semua amalan yang baik dan menjangkau semua amal soleh.

Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, bulan yang terbaik bagi seorang hamba yang mahu melipat gandakan amalan soleh. Rebutlah peluang sebaiknya dengan memperbanyakkan amal dan doa.

MILO®️ menggerakkan semula #SkuadKebaikanMILO bagi mendorong rakyat Malaysia berkongsi kebaikan dengan komuniti yang memerlukan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Menerusi kerjasama dengan Shopee untuk tahun kedua, MILO®️meneruskan platform #SkuadKebaikanMILO yang dilancarkan tahun lalu menyatukan rakyat dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan agar mereka juga memperoleh manfaat kebaikan dan khasiat.

Menurut Pengurus Pemasaran Pengguna - MILO®️, Nestlé (Malaysia) Berhad, Maria Murni Nur Azmi berkata pihaknya memahami bahawa penjarakan fizikal bukanlah penghalang untuk rakyat Malaysia berbuat baik antara satu sama lain.

"Kami membawa kembali #SkuadKebaikanMILO agar rakyat Malaysia dapat terus saling bantu-membantu dengan cara yang mudah di samping menjaga keselamatan diri," katanya.

Rebut pahala bulan mulia!Bantu yang memerlukan bersama #SkuadKebaikanMILO

Menerusi #SkuadKebaikanMILO, orang ramai boleh menyumbang dengan pembelian mana-mana empat pek ‘bundle’ yang mengandungi serbuk MILO®️ serta produk Nestlé lain yang bernilai RM25, RM55, RM95 dan RM155 setiap satu.

Semua pembelian pek ‘bundle’ ini akan didermakan kepada tujuh pertubuhan kebajikan yang menyantuni komuniti B40, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim di seluruh negara.

Pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah Human Aid Selangor, Kuching Food Aid, The Lost Food Project, Malaysian Relief Aid, Food Aid Foundation dan Yayasan Persona, serta penghuni-penghuni Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16 di Subang Jaya, Selangor yang terpilih menerusi kerjasama dengan ASTRO.

Menariknya, selain pek ‘bundle’, bagi setiap pembelian 1 unit produk MILO®️ yang terpilih menerusi Kedai Dalam Talian Nestlé di Shopee Malaysia, RM1 berupa produk Nestlé yang terpilih turut akan disumbangkan kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang sama.

Rebut pahala bulan mulia!Bantu yang memerlukan bersama #SkuadKebaikanMILO

Menurut Murni, kempen #SkuadKebaikanMILO pada tahun lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

"Kami amat menghargai sokongan rakyat bukan sahaja dari segi sumbangan yang dihulurkan, tetapi juga penghargaan yang diberikan ke atas peranan kami dalam menyatukan komuniti dalam talian.

"Tahun ini, sedang masrakat di seluruh negara bangkit semula dengan ketabahan dan kegigihan, kami ingin terus menyemarakkan usaha #SkuadKebaikanMILO menghulurkan kebaikan yang berkhasiat kepada mereka yang memerlukan agar kita dapat sama-sama gagah melangkah dengan lebih jauh.

"Antara selebriti yang kembali menyokong #SkuadKebaikanMILO tahun ini termasuklah penghibur tersohor, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil.

"Sokongan beliau bermula pada tahun lalu setelah menyantuni satu keluarga yang terkesan akibat pandemik sehingga tidak mampu membeli MILO®️ untuk anak-anak mereka.

"Dengan menggunakan platform peribadinya, Pak Nil bukan sahaja membantu mengumpulkan derma secara dalam talian yang mana semuanya akan dimanfaatkan untuk membeli pek ‘bundle’ #SkuadKebaikanMILO, malahan beliau sendiri akan turun padang untuk menyampaikan sumbangan kepada komuniti yang memerlukan," ujar Murni.

Baca juga Jangan lepaskan promosi menarik Eat Cake Today sepanjang Ramadan dan Hari Ibu

Ayuh beramal bersama #SkuadKebaikanMILO agar mereka yang memerlukan dapat menzahirkan tenaga harian sepanjang Ramadan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, korang boleh melayari https://www.milo.com.my/skuadkebaikan-milo. Kempen berlangsung dari 5 April 2021 hingga 10 Mei 2021.

Selamat Beramal! Semoga Ramadan kita kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca