Pelajar IPT boleh pulang beraya, sekolah asrama kawasan PKPD tidak dibenar

Iklan
Kemasukan semula pelajar Universiti diawalkan Oktober, dah boleh mula buat persiapan

TIDAK lama lagi Aidilfitri menjelma.

Semua orang sedang sibuk membuat persiapan bagi memeriahkan hari kemenangan itu.

Iklan
Iklan

Walaupun beraya dalam normal baharu dan tidak dibenarkan aktiviti merentas negeri ke kampung halaman, kita terpaksa menerima hakikat itu dan demi memutuskan jangkitan Covid-19 ini.

Namun, sedikit berita gembira buat pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dibenar merentas negeri pulang ke kampung halaman bagi beraya bersama keluarga tercinta.

Iklan

Walau bagaimanapun, para pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kampung halaman ataupun kekal di kampus masing-masing sepanjang cuti perayaan ini.

Iklan

Menurut kenyataan itu, kebenaran yang diberi ini selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang memberi kelonggaran kepada sektor pendidikan.

Selain itu, KPT turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menetapkan mekanisma kawalan di setiap IPT yang mana pergerakan pelajar akan dilakukan secara berfasa, iaitu;

  • Pergerakan pulang ke rumah masing-masing: 7 – 12 Mei
  • Pergerakan kembali ke kampus masing-masing: 15 – 20 Mei

Sehubungan itu, IPT masing-masing akan menyediakan surat kebenaran rentas daerah atau negeri dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus bagi setiap pelajar.

KPT juga menetapkan bahawa pergerakan pulang pelajar akan dibuat melalui 3 kaedah iaitu kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa atau penjaga dan menggunakan bas yang disediakan oleh IPT.

Pergerakan pulang menggunakan pengangkutan awam bagaimanapun tidak dibenarkan, kecuali perkhidmatan penerbangan.

Para pelajar dan ibu bapa boleh merujuk SOP Pergerakan Pulang Pelajar Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri dan Dokuman Soalan Lazim di laman web KPT.

Sementara itu, pelajar asrama sekolah dan Kolej Vokasional (KV) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang berada di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan pulang ke rumah.

Menurut MKN, prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor pendidikan untuk PKPD juga menetapkan tiada individu dari sekolah dan KV dibenarkan keluar atau masuk ke, atau dari kawasan terbabit.

Bagaimanapun, pergerakan dibenarkan bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, namun pergerakan adalah dibenarkan dengan syarat perlu mendapat kebenaran daripada polis selain wakil keluarga boleh menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Mengenai SOP bagi kawasan atau negeri dikenakan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) serta PKP Pemulihan (PKPP), MKN memaklumkan sekolah perlu menyediakan jadual pergerakan pelajar untuk pulang ke rumah dan kembali semula ke asrama.

Semua pelajar bagi negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dibenarkan pulang secara berperingkat mulai 6 Mei dan kembali ke asrama pada 12 Jun manakala pelajar untuk negeri Kumpulan B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dibenarkan pulang mulai 7 Mei dan kembali pada 13 Jun.

Baca juga Tiada lagi UPSR! Ini memori yang bakal ditinggalkan

Bagi tujuan pergerakan pelajar, MKN menetapkan agar kenderaan sekolah atau sewa khas perlu disediakan sekiranya terdapat lebih 10 orang yang perlu merentas negeri atau zon bagi Sabah dan Sarawak manakala kenderaan sendiri hanya boleh digunakan bagi pelajar yang tidak perlu merentas negeri dan terdapat 10 orang atau kurang yang perlu merentas negeri atau zon di Sabah dan

Sarawak.

SOP itu juga menetapkan ibu bapa atau penjaga di Sabah dan Sarawak yang mempunyai anak bersekolah di Labuan boleh mengambil dan menghantar pulang anak atau anak jagaan di lokasi ditetapkan sahaja.

Bagi tujuan pengurusan kesihatan, semua pelajar perlu menjalani saringan kesihatan sebelum menaiki kenderaan yang disediakan oleh sekolah dan telah disanitasi, sentiasa memakai pelitup muka dan mematuhi SOP ditetapkan sepanjang perjalanan.

Selain itu, pelajar yang sihat sahaja dibenarkan kembali ke asrama dengan syarat mereka dan ahli keluarga yang tinggal serumah tidak dalam tempoh kuarantin atau kontak rapat individu positif Covid-19 dan perlu mengemukakan borang pengisytiharan kesihatan.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada 26 April lepas mengumumkan sesi pembelajaran selepas cuti hari Aidilfitri akan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah.

Baca juga Berterusan hingga lepas Aidilfitri! Rentas negeri hujung minggu hanya untuk kecemasan, kematian dan PJJ

Sesi pembelajaran itu bermula 16 hingga 27 Mei bagi sekolah kumpulan A dan 17 hingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B.

Selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal yang bermula 28 Mei hingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei hingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B.