MANSUH? Ya betul. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dimansuhkan bermula tahun ini.

Seperti dalam mimpi namun terpaksa menerima kenyataan itu.

Mana tidaknya, jika sebelum ini UPSR itulah yang dijadikan sebagai kayu pengukur bagi seseorang murid itu menyambung pelajaran ke Tingkatan Satu.

Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan perkara tersebut setelah membuat keputusan untuk memansuhkan sepenuhnya UPSR bermula tahun 2021.

Ini bermakna, murid-murid Tahun Enam bermula tahun 2021, mereka tidak akan melalui UPSR seperti yang dilalui oleh murid-murid sebelum ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin juga mengumumkan dalam sidang media khas sebentar tadi dimana walaupun UPSR dimansuhkan, KPM akan memperkasakan Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PPBS) dan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi murid ke sekolah khusus.

Seperti contoh, kini bagi murid yang ingin masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), murid tahun enam perlu menduduki PKSK.

Dalam sidang media khas tersebut juga, Radzi turut mengumumkan PT3 tahun ini juga dibatalkan dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.

Semalam, baru sahaja Menteri Pendidikan mengumumkan dua minggu sesi PdPR akan diadakan selepas habis cuti Aidilfitri nanti.

Keputusan tersebut dibuat berikutan keadaan penularan Covid-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya terutamanya melibatkan sekolah.

Tiada lagi UPSR! Ini memori yang bakal ditinggalkan
Gambar hiasan. Sumber FB Cikgu Mohd Fadli Salleh.

Sebelum kita meninggalkan memori UPSR ini, apa kata kita imbas sedikit sejarah berkaitannya;

1. UPSR dimulakan pada tahun 1988 bagi menggantikan Penilaian Darjah Lima.

2. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif.

3. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon. Pada tahun yang sama, subjek Sains telah diperkenalkan dalam kertas peperiksaan UPSR dan melibatkan amali Sains.

4. Pada tahun 2016, kertas Bahasa Inggeris dipecahkan kepada 2 kertas berasingan, iaitu kertas Pemahaman dengan dua bahagian, Seksyen A (objektif) dan B (subjektif), dan kertas Penulisan.

5. Calon yang mengambil UPSR pada 2016 ialah kohort murid pertama yang mengaplikasi KSSR dan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

6. Mulai 2016 juga, soalan-soalan dalam kertas UPSR mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang melibatkan soalan berbentuk subjektif untuk kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman (Bahagian B) dan kertas Bahasa Inggeris Pemahaman (Seksyen B).

Iklan

Hal ini menjadikan keputusan lulus penuh UPSR ialah 4A/6A (tambahan 2 kertas Pemahaman dan Penulisan untuk sekolah SJKC dan SJKT) (1988-2001), 5A/7A (2001-2015), dan 6A/8A (2016).

Baca juga Ibu ayah siap sedia. KPM bakal laksana PdPR 2 minggu lepas cuti raya bendung jangkitan di sekolah

7. Pada awalnya, PBS dijangka yang diguna pakai akan melibatkan 40% markah perolehan murid (bermula dari 2011, ketika murid-murid berada di Tahun Satu sehingga Tahun Enam) dalam penilaian di sekolah, dan 60% adalah daripada kertas peperiksaan UPSR itu
sendiri.

Namun pada saat akhir iaitu tahun 2016, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan bahawa keputusan UPSR adalah 100% daripada kertas peperiksaan, sekaligus menidakkan penilaian PBS yang telah dibuat selama enam tahun bermula pada 2011.

Iklan

Objektifnya adalah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka dalam Sains dan Matematik dan juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. UPSR dijalankan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

8. Bermula 2018 ramai yang mengatakan Penilaian Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) akan menggantikan UPSR. Namun begitu, keputusan UPSR menjadi salah satu daripada elemen yang akan menggantikan UPSR. UPSR adalah kini dijadikan salah satu daripada empat komponen utama PPSR. Ini semua dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai satu tahap baharu terhadap penilaian murid-murid Tahun Enam di sekolah.

Baca juga Saluran NTV7 tamat operasi, diganti dengan DidikTV KPM selepas 23 tahun bersiaran

9. Pada 2020, berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara, pihak KPM pada 15 April telah membuat keputusan untuk membatalkan UPSR pada tahun tersebut bersama-sama dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), dan penilaian kaedah baharu akan digunakan untuk menggantikan UPSR.

Jadi, ibu bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah rendah haruslah membuat persiapan mental dan fizikal bagi menempuh era pendidikan tanpa peperiksaan UPSR, namun mungkin akan dinilai melalui PPBS.