SITUASI seumpama ini mungkin pernah dilihat dalam khalayak ramai. Walaupun negara sedang menguatkuasakan Perintah Pawalan Pergerakan (PKP) masih ada yang berdegil keluar membawa anak kecil keluar tanpa sebab munasabah.
Menurut Public Health Malayia, pihaknya banyak menerima kiriman foto ibu dan bapa lengkap pelitup muka, namun anak yang dibawa tiada sebarang perlindungan.
Baca juga Dilarang ziarah Aidilfitri, muncul pula trend beraya di mall
Untuk makluman, anak anak berusia dua tahun ke bawah tidak digalakkan memakai topeng muka. Justeru, mereka sewajarnya berada di rumah dan tidak digalakkan dibawa ke tempat yang sesak.
Walaupun tiada sekatan sedemikian di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, namun adalah menjadi tanggungjawab keluarga untuk tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya.
Baca juga Guna kontena simpan jenazah Covid-19. Hospital Sungai Buloh tak mampu menampung jumlah kematian
Pemakaian pelitup muka pada kanak-kanak berumur dua tahun dan ke bawah tidak digalakkan, malah boleh membahayakan kesihatan dan nyawa bayi.
• Jika terlalu ketat bayi boleh lemas kerana salur pernafasan bayi adalah kecil. Jika kurang kemasukan oksigen dengan memakaikan pelitup muka, bayi akan lemas.
• Jika terlalu longgar, bayi tidak mendapat apa perlindungan pun. Bahkan, pelitup muka jenis N95 pun tiada yang direka dan diiktiraf selamat untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak di bawah usia dua tahun.
• Anak akan gelisah dan meraba-raba pelitup muka. Ini akan menggalakkan jangkitan dan penyebaran virus.
Jadi bagaimana nak lindungi anak-anak di bawah usia dua tahun pada musim pandemik Covid-19 ini?
Sumber: Public Health Malaysia