LONJAKAN jangkitan kes positif Covid-19 di seluruh negara sejak kebelakangan ini cukup membimbangkan.

Berikutan situasi tersebut kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Mei lalu bagi mengekang penularan virus bahaya tersebut.

Bahkan, dalam prosedur operasi standard (SOP) juga memaklumkan sepanjang tempoh PKP itu sebarang aktiviti ziarah pada sambutan hari raya adalah tidak dibenarkan.

Foto: Pexels (Aiman Khair Samsol)

Baca juga “Bukannya Hidu Wap Cengkih! Jika Mahu Tolong, Segera Ke Hospital”- Dr Mahyuddin

Namun, lain pula ceritanya apabila timbul trend baharu sebahagian besar individu memilih pusat beli-belah sebagai lokasi pertemuan bersama ahli keluarga untuk menyambut Aidilfitri.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, trend beraya di gedung mencetuskan kebimbangan.

Situasi tersebut berkemungkinan menyumbang pada jangkitan baharu dan peningkatan kes Covid-19.

“Peningkatan kes hari ini adalah kesan daripada mobilisasi dua minggu lepas melibatkan pusat keagamaan termasuk tempat tumpuan yang boleh mewujudkan kluster.

“Berikutan itu, tahap kebimbangan KKM juga amat tinggi sekiranya berlaku pertemuan antara ahli keluarga di pusat beli-belah antara 13,14 dan 15 Mei lalu,” jelasnya.

Iklan

Baca juga Guna Kontena Simpan Jenazah Covid-19. Hospital Sungai Buloh Tak Mampu Menampung Jumlah Kematian

Bukan sahaja pihak KKM, malah sebahagian besar warganet turut menzahirkan kebimbangan melihat trend beraya di dalam mall. Majoriti berharap tindakan tegas dapat diambil secepat mungkin bagi mengekang penularan koronavirus.

“Rakyat sendiri perlu ada kendiri dan disiplin”

Iklan

“Ziarah raya tak boleh, ramai ziarah mall”

“Buatlah sesuatu biar kes turun”

Sumber: Telegram Covid-19 Malaysia