VAKSINASI adalah salah satu kaedah mengawal pandemik Covid-19. Ia antara cara terbaik melindungi masyarakat daripada bahaya wabak maut tersebut.
Sejak kemunculan Covid-19, pelbagai usaha telah dijalankan di seluruh dunia untuk membangunkan vaksin Covid-19.
Vaksin mengandungi antigen berfungsi merangsang sistem daya lawan jangkitan tubuh dan membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Menyedari akan keperluan vaksin kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan suntikan imunisasi itu dalam kalangan rakyat yang terlibat dalam aktiviti sosial, sektor ekonomi dan komersial.
Baca juga Melihat Rakan Di England Sihat, Pemuda Tidak Lepas Peluang Rebut Slot Vaksin AstraZeneca
Ini termasuklah, bidang kebudayaan, saintifik, hiburan dan sukan berkuat kuasa 1 Ogos depan.
Menerusi kenyataan Saudi Press Agency turut mengesahkan pengangkutan awam dan sesi pembelajaran dalam kelas di fasiliti-fasiliti pendidikan akan disambung semula.
Kementerian kesihatan dan pendidikan negara bersetuju untuk menentukan kumpulan sasaran pelajar.
Aplikasi mudah alih Tawakkalna akan digunakan untuk memeriksa status imunisasi warga dan penduduk.
Imuniti kelompok atau herd imunity adalah keadaan penularan jangkitan sesuatu penyakit tidak dapat berlaku kerana sebahagian besar populasi di kawasan terbabit mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit berkenaan.
Apabila peratusan mereka terlindung tinggi, maka secara tidak langsung mengurangkan berlakunya jangkitan.
Seterusnya, ia dapat memutuskan rantaian jangkitan wabak maut tersebut.
Bukan sahaja di Arab Saudi, diharapkan rakyat Malaysia juga mengambil tanggungjawab bersama mendaftarkan vaksinasi supaya kita dapat mengurangkan kadar kes maut akibat penularan kes Covid-19.
Pada masa sama, imuniti kelompok dapat dicapai dengan segera.
Sumber: arabnews.com