Neelofa, PU Riz sedondon ke mahkamah, mengaku tidak bersalah langgar SOP PKPB

Iklan
neelofa

PELAKON dan usahawan terkenal, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) tiba di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada pukul 8.55 pagi hari ini.

Kehadiran Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan PU Riz ke kompleks mahkamah tersebut sememangnya dinantikan pengamal media seawal pukul 7 pagi.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_46704" width="1024"] NEELOFA dan PU Riz hadir ke mahkamah dalam persalinan warna sedondon putih dan krim.[/caption]

Pun begitu, antara menjadi perhatian apabila pasangan yang diijab kabul pada 27 Mac lalu hadir dalam persalinan warna sedondon.

Iklan

Kehadiran pasangan selebriti tersebut ke mahkamah bagi berdepan pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Iklan

Artikel berkaitanPolis Siasat Neelofa, Abby Abadi, Didakwa Langgar SOP Ziarah Raya Tempoh PKP

Bagaimanapun, Neelofa mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika masuk ke dalam sebuah kedai karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Sementara itu, PU Riz pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama dan pertuduhan tidak memakai pelitup muka ketika berada di kedai karpet terbabit.

Neelofa dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 manakala suaminya, yang berdepan dua pertuduhan dikenakan ikat jamin RM10,000.

Artikel berkaitan#SiBibirMerah: Kontroversi Dakwaan Abai SOP… Neelofa, Datuk Siti Dan Instafamous, Guris Hati Netizen

Mereka didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun 2021.

Foto: Bernama, Facebook Bernama TV, Instagram @neelofa